1st Ayah 1 الأية ١الأوليبِسْم ِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الر ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْكِتَابِ الْمُبِينِ
Alif-lam-ra tilka ayatualkitabi almubeen
Malay
Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.
|
Ayah 12:2 الأية
إِنَّا أَنزَلْنَاهُ قُرْآنًا عَرَبِيًّا لَّعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ
Inna anzalnahu qur-ananAAarabiyyan laAAallakum taAAqiloon
Malay
Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa
Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
|
Ayah 12:3 الأية
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَٰذَا
الْقُرْآنَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ
Nahnu naqussu AAalayka ahsanaalqasasi bima awhayna ilayka hathaalqur-ana wa-in
kunta min qablihi lamina alghafileen
Malay
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami
wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya
wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya.
|
Ayah 12:4 الأية
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَا أَبَتِ إِنِّي رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًا
وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِي سَاجِدِينَ
Ith qala yoosufu li-abeehi yaabati innee raaytu ahada AAashara kawkaban
washshamsawalqamara raaytuhum lee sajideen
Malay
(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku!
Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku
melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".
|
Ayah 12:5 الأية
قَالَ يَا بُنَيَّ لَا تَقْصُصْ رُؤْيَاكَ عَلَىٰ إِخْوَتِكَ فَيَكِيدُوا لَكَ
كَيْدًا ۖ إِنَّ الشَّيْطَانَ لِلْإِنسَانِ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Qala ya bunayya la taqsusru/yaka AAala ikhwatika fayakeedoo laka kaydan
innaashshaytana lil-insani AAaduwwun mubeen
Malay
Bapanya berkata:" Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada
saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan
jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.
|
Ayah 12:6 الأية
وَكَذَٰلِكَ يَجْتَبِيكَ رَبُّكَ وَيُعَلِّمُكَ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ
وَيُتِمُّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَعَلَىٰ آلِ يَعْقُوبَ كَمَا أَتَمَّهَا عَلَىٰ
أَبَوَيْكَ مِن قَبْلُ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ ۚ إِنَّ رَبَّكَ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Wakathalika yajtabeeka rabbukawayuAAallimuka min ta/weeli al-ahadeethi
wayutimmuniAAmatahu AAalayka waAAala ali yaAAqooba kamaatammaha AAala abawayka
min qablu ibraheemawa-ishaqa inna rabbaka AAaleemun hakeem
Malay
Dan demikianlah caranya Tuhanmu memilihmu, dan akan mengajarmu takbir mimpi,
serta akan menyempurnakan nikmatNya kepadamu dan kepada keluarga Yaakub:
sebagaimana Ia telah menyempurnakannya kepada datuk nenekmu dahulu: Ibrahim dan
Ishak. Sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".
|
Ayah 12:7 الأية
لَّقَدْ كَانَ فِي يُوسُفَ وَإِخْوَتِهِ آيَاتٌ لِّلسَّائِلِينَ
Laqad kana fee yoosufa wa-ikhwatihi ayatunlissa-ileen
Malay
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi
beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk
mengambil iktibar).
|
Ayah 12:8 الأية
إِذْ قَالُوا لَيُوسُفُ وَأَخُوهُ أَحَبُّ إِلَىٰ أَبِينَا مِنَّا وَنَحْنُ
عُصْبَةٌ إِنَّ أَبَانَا لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Ith qaloo layoosufu waakhoohu ahabbuila abeena minna wanahnu AAusbatuninna abana
lafee dalalin mubeen
Malay
(Kisah itu bermula) ketika saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri):
"Sesungguhnya Yusuf dan adiknya, lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita,
padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita
adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata."
|
Ayah 12:9 الأية
اقْتُلُوا يُوسُفَ أَوِ اطْرَحُوهُ أَرْضًا يَخْلُ لَكُمْ وَجْهُ أَبِيكُمْ
وَتَكُونُوا مِن بَعْدِهِ قَوْمًا صَالِحِينَ
Oqtuloo yoosufa awi itrahoohuardan yakhlu lakum wajhu abeekum watakoonoo min
baAAdihiqawman saliheen
Malay
(Ramai di antara mereka berkata):" Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu
tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada
kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan
berguna".
|
Ayah 12:10 الأية
قَالَ قَائِلٌ مِّنْهُمْ لَا تَقْتُلُوا يُوسُفَ وَأَلْقُوهُ فِي غَيَابَتِ
الْجُبِّ يَلْتَقِطْهُ بَعْضُ السَّيَّارَةِ إِن كُنتُمْ فَاعِلِينَ
Qala qa-ilun minhum lataqtuloo yoosufa waalqoohu fee ghayabati aljubbi
yaltaqithubaAAdu assayyarati in kuntum faAAileen
Malay
Salah seorang di antara mereka berkata: "Janganlah kamu membunuh Yusuf, tetapi
buanglah dia ke dalam pergi, supaya ia dipungut oleh sebahagian dari orang-orang
musafir (yang lalu di situ), kalaulah kamu tetap hendak menjalankan rancangan
kamu itu".
|
Ayah 12:11 الأية
قَالُوا يَا أَبَانَا مَا لَكَ لَا تَأْمَنَّا عَلَىٰ يُوسُفَ وَإِنَّا لَهُ
لَنَاصِحُونَ
Qaloo ya abana malaka la ta/manna AAala yoosufa wa-innalahu lanasihoon
Malay
Mereka pun (pergi berjumpa dengan bapa mereka lalu) berkata: Wahai ayah kami!
Mengapa ayah tidak percaya kepada kami tentang Yusuf, padahal sesungguhnya kami
sentiasa tulus ikhlas mengambil berat kepadanya?
|
Ayah 12:12 الأية
أَرْسِلْهُ مَعَنَا غَدًا يَرْتَعْ وَيَلْعَبْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Arsilhu maAAana ghadan yartaAAwayalAAab wa-inna lahu lahafithoon
Malay
Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya ia bersuka ria makan minum dan
bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan
sebaik-baiknya".
|
Ayah 12:13 الأية
قَالَ إِنِّي لَيَحْزُنُنِي أَن تَذْهَبُوا بِهِ وَأَخَافُ أَن يَأْكُلَهُ
الذِّئْبُ وَأَنتُمْ عَنْهُ غَافِلُونَ
Qala innee layahzununee an thathhaboobihi waakhafu an ya/kulahu aththi/buwaantum
AAanhu ghafiloon
Malay
Bapa mereka menjawab: "Permergian kamu membawanya bersama sangatlah
mendukacitakan daku, dan aku pula bimbang ia akan dimakan oleh serigala, ketika
kamu lalai dari mengawalnya ".
|
Ayah 12:14 الأية
قَالُوا لَئِنْ أَكَلَهُ الذِّئْبُ وَنَحْنُ عُصْبَةٌ إِنَّا إِذًا لَّخَاسِرُونَ
Qaloo la-in akalahu aththi/buwanahnu AAusbatun inna ithan lakhasiroon
Malay
Mereka berkata: "Kalau dia dimakan oleh serigala, sedang kami ramai bilangannya,
sesungguhnya kami sudah tentu menjadilah orang-orang yang rugi".
|
Ayah 12:15 الأية
فَلَمَّا ذَهَبُوا بِهِ وَأَجْمَعُوا أَن يَجْعَلُوهُ فِي غَيَابَتِ الْجُبِّ ۚ
وَأَوْحَيْنَا إِلَيْهِ لَتُنَبِّئَنَّهُم بِأَمْرِهِمْ هَٰذَا وَهُمْ لَا
يَشْعُرُونَ
Falamma thahaboo bihiwaajmaAAoo an yajAAaloohu fee ghayabati aljubbi
waawhaynailayhi latunabi-annahum bi-amrihim hatha wahum layashAAuroon
Malay
Setelah mereka pergi dengan membawanya bersama dan setelah mereka sekata hendak
melepaskan dia ke dalam perigi, (mereka pun melakukan yang demikian), dan kami
pula ilhamkan kepadanya:" Sesungguhnya engkau (wahai Yusuf, akan terselamat,
dan) akan memberi tahu mereka tentang hal perbuatan mereka ini, sedang mereka
tidak sedar (dan tidak mengingatinya lagi) ".
|
Ayah 12:16 الأية
وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ
Wajaoo abahum AAishaanyabkoon
Malay
Dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil
(buat-buat) menangis.
|
Ayah 12:17 الأية
قَالُوا يَا أَبَانَا إِنَّا ذَهَبْنَا نَسْتَبِقُ وَتَرَكْنَا يُوسُفَ عِندَ
مَتَاعِنَا فَأَكَلَهُ الذِّئْبُ ۖ وَمَا أَنتَ بِمُؤْمِنٍ لَّنَا وَلَوْ كُنَّا
صَادِقِينَ
Qaloo ya abanainna thahabna nastabiqu wataraknayoosufa AAinda mataAAina
faakalahu aththi/buwama anta bimu/minin lana walaw kunna sadiqeen
Malay
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Sesungguhnya kami telah pergi berlumba-lumba
berburu dan kami telah tinggalkan Yusuf menjaga barang-barang kami, lalu ia
dimakan oleh serigala; dan sudah tentu ayah tidak akan percaya kepada kata-kata
kami ini, sekalipun kami adalah orang-orang yang benar".
|
Ayah 12:18 الأية
وَجَاءُوا عَلَىٰ قَمِيصِهِ بِدَمٍ كَذِبٍ ۚ قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ
أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ وَاللهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا
تَصِفُونَ
Wajaoo AAala qameesihibidamin kathibin qala bal sawwalat lakum anfusukumamran
fasabrun jameelun wallahu almustaAAanuAAala ma tasifoon
Malay
Dan (bagi mengesahkan dakwaan itu) mereka pula melumurkan baju Yusuf dengan
darah palsu. Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada
kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku
dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai
apa yang kamu katakan itu."
|
Ayah 12:19 الأية
وَجَاءَتْ سَيَّارَةٌ فَأَرْسَلُوا وَارِدَهُمْ فَأَدْلَىٰ دَلْوَهُ ۖ قَالَ يَا
بُشْرَىٰ هَٰذَا غُلَامٌ ۚ وَأَسَرُّوهُ بِضَاعَةً ۚ وَاللهُ عَلِيمٌ بِمَا
يَعْمَلُونَ
Wajaat sayyaratun faarsaloo waridahumfaadla dalwahu qala ya bushra hathaghulamun
waasarroohu bidaAAatan wallahuAAaleemun bima yaAAmaloon
Malay
Dan (semasa Yusuf dalam perigi) datanglah ke tempat itu satu rombongan (ahli
perniagaan) yang sedang dalam perjalanan; lalu mereka menghantarkan seorang
pencari air bagi mereka; (setelah sampainya ke perigi itu) dia pun menghulurkan
timbanya (dan manakala ia melihat Yusuf bergantung pada timbanya) ia berseru
dengan katanya: "Hai, (ini) sungguh mengembirakan! Ini adalah seorang budak
lelaki (yang cantik parasnya)". (Setelah mengetahui hal itu, saudara-saudara
Yusuf pun datang) serta mereka sembunyikan keadaan Yusuf yang sebenarnya (untuk
dijual) sebagai barang dagangan. Dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka
lakukan.
|
Ayah 12:20 الأية
وَشَرَوْهُ بِثَمَنٍ بَخْسٍ دَرَاهِمَ مَعْدُودَةٍ وَكَانُوا فِيهِ مِنَ
الزَّاهِدِينَ
Washarawhu bithamanin bakhsin darahimamaAAdoodatin wakanoo feehi mina azzahideen
Malay
Dan (setelah berlaku perundingan) mereka menjualnya dengan harga yang murah,
iaitu beberapa dirham sahaja bilangannya; dan mereka adalah orang-orang yang
tidak menghargainya.
|
Ayah 12:21 الأية
وَقَالَ الَّذِي اشْتَرَاهُ مِن مِّصْرَ لِامْرَأَتِهِ أَكْرِمِي مَثْوَاهُ عَسَىٰ
أَن يَنفَعَنَا أَوْ نَتَّخِذَهُ وَلَدًا ۚ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي
الْأَرْضِ وَلِنُعَلِّمَهُ مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ ۚ وَاللهُ غَالِبٌ عَلَىٰ
أَمْرِهِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Waqala allathee ishtarahumin misra limraatihi akrimee mathwahu AAasaan
yanfaAAana aw nattakhithahu waladan wakathalikamakkanna liyoosufa fee al-ardi
walinuAAallimahu minta/weeli al-ahadeethi wallahu ghalibunAAala amrihi walakinna
akthara annasila yaAAlamoon
Malay
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir), berkatalah orang yang membeli
Yusuf kepada isterinya: "Berilah dia layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia
berguna kepada kita, atau kita jadikan dia anak". Dan demikianlah caranya kami
menetapkan kedudukan Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan
untuk kami mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi. Dan Allah Maha Kuasa
melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
|
Ayah 12:22 الأية
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ
Walamma balagha ashuddahu ataynahuhukman waAAilman wakathalika najzee
almuhsineen
Malay
Dan ketika Yusuf sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami
beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami
membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
|
Ayah 12:23 الأية
وَرَاوَدَتْهُ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا عَن نَّفْسِهِ وَغَلَّقَتِ الْأَبْوَابَ
وَقَالَتْ هَيْتَ لَكَ ۚ قَالَ مَعَاذَ اللهِ ۖ إِنَّهُ رَبِّي أَحْسَنَ
مَثْوَايَ ۖ إِنَّهُ لَا يُفْلِحُ الظَّالِمُونَ
Warawadat-hu allatee huwa fee baytihaAAan nafsihi waghallaqati al-abwaba waqalat
haytalaka qala maAAatha Allahi innahu rabbee ahsanamathwaya innahu la yuflihu
aththalimoon
Malay
Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf
berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata:
"Marilah ke mari, aku bersedia untukmu". Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada
Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku
dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".
|
Ayah 12:24 الأية
وَلَقَدْ هَمَّتْ بِهِ ۖ وَهَمَّ بِهَا لَوْلَا أَن رَّأَىٰ بُرْهَانَ رَبِّهِ ۚ
كَذَٰلِكَ لِنَصْرِفَ عَنْهُ السُّوءَ وَالْفَحْشَاءَ ۚ إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا
الْمُخْلَصِينَ
Walaqad hammat bihi wahamma biha lawlaan raa burhana rabbihi kathalika
linasrifaAAanhu assoo-a walfahshaa innahumin AAibadina almukhlaseen
Malay
Dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadanya, dan Yusuf pula
(mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari
kenyataan Tuhannya (tentang kejinya perbuatan zina itu). Demikianlah (takdir
Kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara yang tidak baik dan
perbuatan-perbuatan yang keji, kerana sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami yang
dibersihkan dari segala dosa.
|
Ayah 12:25 الأية
وَاسْتَبَقَا الْبَابَ وَقَدَّتْ قَمِيصَهُ مِن دُبُرٍ وَأَلْفَيَا سَيِّدَهَا
لَدَى الْبَابِ ۚ قَالَتْ مَا جَزَاءُ مَنْ أَرَادَ بِأَهْلِكَ سُوءًا إِلَّا أَن
يُسْجَنَ أَوْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
Wastabaqa albabawaqaddat qameesahu min duburin waalfaya sayyidahalada albabi
qalat ma jazao manarada bi-ahlika soo-an illa an yusjana aw AAathabunaleem
Malay
Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju
Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di
muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tidak ada balasan
bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia
atau dikenakan azab yang menyiksanya".
|
Ayah 12:26 الأية
قَالَ هِيَ رَاوَدَتْنِي عَن نَّفْسِي ۚ وَشَهِدَ شَاهِدٌ مِّنْ أَهْلِهَا إِن
كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن قُبُلٍ فَصَدَقَتْ وَهُوَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Qala hiya rawadatnee AAannafsee washahida shahidun min ahliha in kanaqameesuhu
qudda min qubulin fasadaqat wahuwa minaalkathibeen
Malay
Yusuf pula berkata: "Dia lah yang memujukku berkehendakkan diriku". (Suaminya
tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada
bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:" "Jika baju Yusuf koyak
dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari
orang-orang yang dusta.
|
Ayah 12:27 الأية
وَإِن كَانَ قَمِيصُهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ فَكَذَبَتْ وَهُوَ مِنَ الصَّادِقِينَ
Wa-in kana qameesuhu qudda minduburin fakathabat wahuwa mina assadiqeen
Malay
Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf
adalah dari orang-orang yang benar".
|
Ayah 12:28 الأية
فَلَمَّا رَأَىٰ قَمِيصَهُ قُدَّ مِن دُبُرٍ قَالَ إِنَّهُ مِن كَيْدِكُنَّ ۖ إِنَّ
كَيْدَكُنَّ عَظِيمٌ
Falamma raa qameesahuqudda min duburin qala innahu min kaydikunna innakaydakunna
AAatheem
Malay
Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, berkatalah ia:
"Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya
tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya.
|
Ayah 12:29 الأية
يُوسُفُ أَعْرِضْ عَنْ هَٰذَا ۚ وَاسْتَغْفِرِي لِذَنبِكِ ۖ إِنَّكِ كُنتِ مِنَ
الْخَاطِئِينَ
Yoosufu aAArid AAan hatha wastaghfireelithanbiki innaki kunti mina alkhati-een
Malay
Wahai Yusuf, lupakanlah hal ini. Dan engkau (Wahai Zulaikha), mintalah ampun
bagi dosamu, sesungguhnya engkau adalah dari orang-orang yang bersalah!"
|
Ayah 12:30 الأية
وَقَالَ نِسْوَةٌ فِي الْمَدِينَةِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ تُرَاوِدُ فَتَاهَا عَن
نَّفْسِهِ ۖ قَدْ شَغَفَهَا حُبًّا ۖ إِنَّا لَنَرَاهَا فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ
Waqala niswatun fee almadeenatiimraatu alAAazeezi turawidu fataha AAannafsihi
qad shaghafaha hubban inna lanarahafee dalalin mubeen
Malay
Dan (sesudah itu) perempuan-perempuan di bandar Mesir (mencaci hal Zulaikha
dengan) berkata: Isteri Al-Aziz itu memujuk hambanya (Yusuf) berkehendakkan
dirinya, sesungguhnya cintanya (kepada Yusuf) itu sudahlah meresap ke dalam
lipatan hatinya; sesungguhnya kami memandangnya berada dalam kesesatan yang
nyata."
|
Ayah 12:31 الأية
فَلَمَّا سَمِعَتْ بِمَكْرِهِنَّ أَرْسَلَتْ إِلَيْهِنَّ وَأَعْتَدَتْ لَهُنَّ
مُتَّكَأً وَآتَتْ كُلَّ وَاحِدَةٍ مِّنْهُنَّ سِكِّينًا وَقَالَتِ اخْرُجْ
عَلَيْهِنَّ ۖ فَلَمَّا رَأَيْنَهُ أَكْبَرْنَهُ وَقَطَّعْنَ أَيْدِيَهُنَّ
وَقُلْنَ حَاشَ لِلَّهِ مَا هَٰذَا بَشَرًا إِنْ هَٰذَا إِلَّا مَلَكٌ كَرِيمٌ
Falamma samiAAat bimakrihinna arsalatilayhinna waaAAtadat lahunna muttakaan
waatat kulla wahidatinminhunna sikkeenan waqalati okhruj AAalayhinna
falammaraaynahu akbarnahu waqattaAAna aydiyahunna waqulna hashalillahi ma hatha
basharan in hathailla malakun kareem
Malay
Maka apabila ia (Zulaikha) mendengar cacian mereka, dia pun menjemput mereka dan
menyediakan satu jamuan untuk mereka, serta memberi kepada - tiap seorang di
antara mereka sebilah pisau. Dan pada ketika itu berkatalah ia (kepada Yusuf):
"Keluarlah di hadapan mereka". Maka ketika mereka melihatnya, mereka tercengang
melihat kecantikan parasnya, dan mereka dengan tidak sedar melukakan tangan
mereka sambil berkata: "Jauhnya Allah dari kekurangan! Ini bukanlah seorang
manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia!"
|
Ayah 12:32 الأية
قَالَتْ فَذَٰلِكُنَّ الَّذِي لُمْتُنَّنِي فِيهِ ۖ وَلَقَدْ رَاوَدتُّهُ عَن
نَّفْسِهِ فَاسْتَعْصَمَ ۖ وَلَئِن لَّمْ يَفْعَلْ مَا آمُرُهُ لَيُسْجَنَنَّ
وَلَيَكُونًا مِّنَ الصَّاغِرِينَ
Qalat fathalikunna allatheelumtunnanee feehi walaqad rawadtuhu AAan nafsihi
fastAAsamawala-in lam yafAAal ma amuruhu layusjanannawalayakoonan mina
assaghireen
Malay
(Zulaikha) berkata: "Inilah orangnya yang kamu tempelak aku mengenainya!
Sebenarnya aku telah memujuknya berkehendakkan dirinya tetapi ia menolak dan
berpegang teguh kepada kesuciannya; dan demi sesungguhnya kalau ia tidak mahu
melakukan apa yang aku suruh tentulah ia akan dipenjarakan, dan akan menjadi
dari orang-orang yang hina."
|
Ayah 12:33 الأية
قَالَ رَبِّ السِّجْنُ أَحَبُّ إِلَيَّ مِمَّا يَدْعُونَنِي إِلَيْهِ ۖ وَإِلَّا
تَصْرِفْ عَنِّي كَيْدَهُنَّ أَصْبُ إِلَيْهِنَّ وَأَكُن مِّنَ الْجَاهِلِينَ
Qala rabbi assijnu ahabbuilayya mimma yadAAoonanee ilayhi wa-illa tasrifAAannee
kaydahunna asbu ilayhinna waakun mina aljahileen
Malay
Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih
suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya.
Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan
cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan
ilmunya".
|
Ayah 12:34 الأية
فَاسْتَجَابَ لَهُ رَبُّهُ فَصَرَفَ عَنْهُ كَيْدَهُنَّ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ
الْعَلِيمُ
Fastajaba lahu rabbuhu fasarafaAAanhu kaydahunna innahu huwa assameeAAu
alAAaleem
Malay
Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya
mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
|
Ayah 12:35 الأية
ثُمَّ بَدَا لَهُم مِّن بَعْدِ مَا رَأَوُا الْآيَاتِ لَيَسْجُنُنَّهُ حَتَّىٰ
حِينٍ
Thumma bada lahum min baAAdi maraawoo al-ayati layasjununnahu hatta heen
Malay
Kemudian timbul fikiran bagi suami perempuan itu, serta orang-orangnya hendak
memenjarakan Yusuf sesudah mereka nampak tanda-tanda (yang menghendaki supaya
Yusuf dijauhkan) hingga ke suatu masa.
|
Ayah 12:36 الأية
وَدَخَلَ مَعَهُ السِّجْنَ فَتَيَانِ ۖ قَالَ أَحَدُهُمَا إِنِّي أَرَانِي أَعْصِرُ
خَمْرًا ۖ وَقَالَ الْآخَرُ إِنِّي أَرَانِي أَحْمِلُ فَوْقَ رَأْسِي خُبْزًا
تَأْكُلُ الطَّيْرُ مِنْهُ ۖ نَبِّئْنَا بِتَأْوِيلِهِ ۖ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ
الْمُحْسِنِينَ
Wadakhala maAAahu assijna fatayaniqala ahaduhuma innee aranee aAAsirukhamran
waqala al-akharu innee aranee ahmilufawqa ra/see khubzan ta/kulu attayru minhu
nabbi/nabita/weelihi inna naraka mina almuhsineen
Malay
Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di
antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi
melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi:
"Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang
sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah
kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang
berbuat kebaikan (untuk umum)".
|
Ayah 12:37 الأية
قَالَ لَا يَأْتِيكُمَا طَعَامٌ تُرْزَقَانِهِ إِلَّا نَبَّأْتُكُمَا بِتَأْوِيلِهِ
قَبْلَ أَن يَأْتِيَكُمَا ۚ ذَٰلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي ۚ إِنِّي تَرَكْتُ
مِلَّةَ قَوْمٍ لَّا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ كَافِرُونَ
Qala la ya/teekuma taAAamunturzaqanihi illa nabba/tukuma bita/weelihiqabla an
ya/tiyakuma thalikuma mimmaAAallamanee rabbee innee taraktu millata qawmin
layu/minoona billahi wahum bil-akhiratihum kafiroon
Malay
Yusuf menjawab: "(Aku bukan sahaja dapat menerangkan takbir mimpi kamu itu,
bahkan) tidak datang kepada kamu sesuatu makanan yang diberikan kepada kamu
(tiap-tiap hari dalam penjara), melainkan aku juga dapat memberitahu kepada kamu
akan nama dan jenisnya, sebelum ia dibawa kepada kamu. Yang demikian itu ialah
sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku. Dengan sebab itu aku
meninggalkan ugama kaum yang tidak beriman kepada Allah serta tidak pula
percayakan hari akhirat.
|
Ayah 12:38 الأية
وَاتَّبَعْتُ مِلَّةَ آبَائِي إِبْرَاهِيمَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ ۚ مَا كَانَ
لَنَا أَن نُّشْرِكَ بِاللهِ مِن شَيْءٍ ۚ ذَٰلِكَ مِن فَضْلِ اللهِ عَلَيْنَا
وَعَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَشْكُرُونَ
WattabaAAtu millata aba-eeibraheema wa-ishaqa wayaAAqooba ma kanalana an
nushrika billahi min shay-in thalikamin fadli Allahi AAalayna waAAala
annasiwalakinna akthara annasi layashkuroon
Malay
"Dan aku menurut ugama bapa dan datuk nenekku: Ibrahim dan Ishak serta Yaakub.
Tidaklah sepatutnya kita mempersekutukan sesuatupun dengan Allah. Mentauhid -
mengesakan Allah ialah hasil dari limpah kurnia Allah kepada kita dan kepada
umat manusia. Tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.
|
Ayah 12:39 الأية
يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ أَمِ اللهُ
الْوَاحِدُ الْقَهَّارُ
Ya sahibayi assijniaarbabun mutafarriqoona khayrun ami Allahu alwahidualqahhar
Malay
"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara, memuja dan menyembah berbilang-bilang
tuhan yang bercerai-berai itukah yang lebih baik atau menyembah Allah Tuhan Yang
Maha Esa, lagi Maha Kuasa?
|
Ayah 12:40 الأية
مَا تَعْبُدُونَ مِن دُونِهِ إِلَّا أَسْمَاءً سَمَّيْتُمُوهَا أَنتُمْ وَآبَاؤُكُم
مَّا أَنزَلَ اللهُ بِهَا مِن سُلْطَانٍ ۚ إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ ۚ
أَمَرَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ
وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Ma taAAbudoona min doonihi illaasmaan sammaytumooha antum waabaokumma anzala
Allahu biha min sultaninini alhukmu illa lillahi amara allataAAbudoo illa iyyahu
thalika addeenualqayyimu walakinna akthara annasi layaAAlamoon
Malay
Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu
menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang
bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat)
hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan
Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak
mengetahui.
|
Ayah 12:41 الأية
يَا صَاحِبَيِ السِّجْنِ أَمَّا أَحَدُكُمَا فَيَسْقِي رَبَّهُ خَمْرًا ۖ وَأَمَّا
الْآخَرُ فَيُصْلَبُ فَتَأْكُلُ الطَّيْرُ مِن رَّأْسِهِ ۚ قُضِيَ الْأَمْرُ
الَّذِي فِيهِ تَسْتَفْتِيَانِ
Ya sahibayi assijniamma ahadukuma fayasqee rabbahu khamranwaamma al-akharu
fayuslabu fata/kulu attayrumin ra/sihi qudiya al-amru allathee feehi tastaftiyan
Malay
"Wahai sahabatku berdua yang sepenjara! (Takbir mimpi kamu itu ialah): adapun
salah seorang dari kamu, maka ia akan memberi minum arak kepada tuannya. Ada pun
yang seorang lagi, maka ia akan dipalang, serta burung pula akan makan dari
kepalanya. Telah selesailah (dan tetaplah berlakunya) perkara yang kamu tanyakan
itu".
|
Ayah 12:42 الأية
وَقَالَ لِلَّذِي ظَنَّ أَنَّهُ نَاجٍ مِّنْهُمَا اذْكُرْنِي عِندَ رَبِّكَ
فَأَنسَاهُ الشَّيْطَانُ ذِكْرَ رَبِّهِ فَلَبِثَ فِي السِّجْنِ بِضْعَ سِنِينَ
Waqala lillathee thannaannahu najin minhuma othkurnee AAindarabbika faansahu
ashshaytanu thikrarabbihi falabitha fee assijni bidAAa sineen
Malay
Dan berkatalah Yusuf kepada orang yang ia percaya akan terselamat di antara
mereka berdua: "Sebutkanlah perihalku kepada tuanmu". (Setelah orang itu
dibebaskan dari penjara) maka ia dilupakan oleh syaitan untuk menyebutkan (hal
Yusuf) kepada tuannya. Dengan sebab itu tinggalah Yusuf dalam penjara beberapa
tahun.
|
Ayah 12:43 الأية
وَقَالَ الْمَلِكُ إِنِّي أَرَىٰ سَبْعَ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ
عِجَافٌ وَسَبْعَ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ ۖ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ
أَفْتُونِي فِي رُؤْيَايَ إِن كُنتُمْ لِلرُّؤْيَا تَعْبُرُونَ
Waqala almaliku innee arasabAAa baqaratin simanin ya/kuluhunna sabAAun
AAijafunwasabAAa sunbulatin khudrin waokhara yabisatinya ayyuha almalao aftoonee
fee ru/yaya inkuntum lirru/ya taAAburoon
Malay
Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh
ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat
tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai
ketua-ketua kaum (yang hadir, terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau
kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".
|
Ayah 12:44 الأية
قَالُوا أَضْغَاثُ أَحْلَامٍ ۖ وَمَا نَحْنُ بِتَأْوِيلِ الْأَحْلَامِ بِعَالِمِينَ
Qaloo adghathu ahlaminwama nahnu bita/weeli al-ahlami biAAalimeen
Malay
Mereka menjawab: "Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi yang bercampur aduk, dan
kami bukanlah orang-orang yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu".
|
Ayah 12:45 الأية
وَقَالَ الَّذِي نَجَا مِنْهُمَا وَادَّكَرَ بَعْدَ أُمَّةٍ أَنَا أُنَبِّئُكُم
بِتَأْوِيلِهِ فَأَرْسِلُونِ
Waqala allathee najaminhuma waddakara baAAda ommatin anaonabbi-okum bita/weelihi
faarsiloon
Malay
Dan (pada saat itu) berkatalah orang yang terselamat di antara mereka yang
berdua itu, dan yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu
suatu masa yang lanjut: "Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. Oleh itu
hantarkanlah daku pergi (kepada orang yang mengetahui tafsirannya) ".
|
Ayah 12:46 الأية
يُوسُفُ أَيُّهَا الصِّدِّيقُ أَفْتِنَا فِي سَبْعِ بَقَرَاتٍ سِمَانٍ
يَأْكُلُهُنَّ سَبْعٌ عِجَافٌ وَسَبْعِ سُنبُلَاتٍ خُضْرٍ وَأُخَرَ يَابِسَاتٍ
لَّعَلِّي أَرْجِعُ إِلَى النَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَعْلَمُونَ
Yoosufu ayyuha assiddeequaftina fee sabAAi baqaratin simaninya/kuluhunna sabAAun
AAijafun wasabAAi sunbulatinkhudrin waokhara yabisatin laAAallee arjiAAuila
annasi laAAallahum yaAAlamoon
Malay
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang
benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi
melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus;
dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering;
(tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga
mereka dapat mengetahui tafsirannya".
|
Ayah 12:47 الأية
قَالَ تَزْرَعُونَ سَبْعَ سِنِينَ دَأَبًا فَمَا حَصَدتُّمْ فَذَرُوهُ فِي
سُنبُلِهِ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تَأْكُلُونَ
Qala tazraAAoona sabAAa sineenadaaban fama hasadtum fatharoohu feesunbulihi illa
qaleelan mimma ta/kuloon
Malay
Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun
berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.
|
Ayah 12:48 الأية
ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ سَبْعٌ شِدَادٌ يَأْكُلْنَ مَا قَدَّمْتُمْ
لَهُنَّ إِلَّا قَلِيلًا مِّمَّا تُحْصِنُونَ
Thumma ya/tee min baAAdi thalikasabAAun shidadun ya/kulna ma qaddamtum lahunna
illaqaleelan mimma tuhsinoon
Malay
Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun yang besar, yang
akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa
yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
|
Ayah 12:49 الأية
ثُمَّ يَأْتِي مِن بَعْدِ ذَٰلِكَ عَامٌ فِيهِ يُغَاثُ النَّاسُ وَفِيهِ
يَعْصِرُونَ
Thumma ya/tee min baAAdi thalika AAamunfeehi yughathu annasu wafeehi yaAAsiroon
Malay
"Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh
rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan
sebagainya)".
|
Ayah 12:50 الأية
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُ الرَّسُولُ قَالَ ارْجِعْ
إِلَىٰ رَبِّكَ فَاسْأَلْهُ مَا بَالُ النِّسْوَةِ اللَّاتِي قَطَّعْنَ
أَيْدِيَهُنَّ ۚ إِنَّ رَبِّي بِكَيْدِهِنَّ عَلِيمٌ
Waqala almaliku i/toonee bihi falammajaahu arrasoolu qala irjiAA ilarabbika
fas-alhu ma balu anniswatiallatee qattaAAna aydiyahunna inna rabbeebikaydihinna
AAaleem
Malay
Dan (apabila mendengar tafsiran itu) berkatalah raja Mesir:" Bawalah dia
kepadaku! "Maka tatkata utusan raja datang kepada Yusuf (menjemputnya mengadap
raja), Yusuf berkata kepadanya: Kembalilah kepada tuanmu kemudian bertanyalah
kepadanya: "Apa halnya perempuan-perempuan yang melukakan tangan mereka ?
Sesungguhnya Tuhanku Maha Mengetahui tipu daya mereka".
|
Ayah 12:51 الأية
قَالَ مَا خَطْبُكُنَّ إِذْ رَاوَدتُّنَّ يُوسُفَ عَن نَّفْسِهِ ۚ قُلْنَ حَاشَ
لِلَّهِ مَا عَلِمْنَا عَلَيْهِ مِن سُوءٍ ۚ قَالَتِ امْرَأَتُ الْعَزِيزِ الْآنَ
حَصْحَصَ الْحَقُّ أَنَا رَاوَدتُّهُ عَن نَّفْسِهِ وَإِنَّهُ لَمِنَ الصَّادِقِينَ
Qala ma khatbukunna ithrawadtunna yoosufa AAan nafsihi qulna hasha lillahima
AAalimna AAalayhi min soo-in qalatiimraatu alAAazeezi al-ana hashasa alhaqquana
rawadtuhu AAan nafsihi wa-innahu lamina assadiqeen
Malay
Setelah perempuan-perempuan itu dipanggil), raja bertanya kepada mereka: "Apahal
kamu, semasa kamu memujuk Yusuf mengenai dirinya?" Mereka menjawab: JauhNya
Allah dari segala cacat cela, kami tidak mengetahui sesuatu kejahatan terhadap
Yusuf". Isteri Al-Aziz pun berkata: "Sekarang ternyatalah kebenaran (yang selama
ini tersembunyi), akulah yang memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya (tetapi ia
telah menolak); dan sesungguhnya adalah ia dari orang-orang yang benar.
|
Ayah 12:52 الأية
ذَٰلِكَ لِيَعْلَمَ أَنِّي لَمْ أَخُنْهُ بِالْغَيْبِ وَأَنَّ اللهَ لَا يَهْدِي
كَيْدَ الْخَائِنِينَ
Thalika liyaAAlama annee lam akhunhubilghaybi waanna Allaha la yahdee
kaydaalkha-ineen
Malay
"(Pengakuanku) yang demikian supaya ia mengetahui, bahawa aku tidak
mengkhianatinya semasa ia tidak hadir (bersama di sini); dan bahawa Allah tidak
menjayakan tipu daya orang-orang yang khianat.
|
Ayah 12:53 الأية
وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا
رَحِمَ رَبِّي ۚ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Wama obarri-o nafsee inna annafsalaammaratun bissoo-i illa ma rahimarabbee inna
rabbee ghafoorun raheem
Malay
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu
sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi
rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya
Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
|
Ayah 12:54 الأية
وَقَالَ الْمَلِكُ ائْتُونِي بِهِ أَسْتَخْلِصْهُ لِنَفْسِي ۖ فَلَمَّا كَلَّمَهُ
قَالَ إِنَّكَ الْيَوْمَ لَدَيْنَا مَكِينٌ أَمِينٌ
Waqala almaliku i/toonee bihiastakhlishu linafsee falamma kallamahu qalainnaka
alyawma ladayna makeenun ameen
Malay
Dan (setelah mendengar pengakuan perempuan-perempuan itu), raja berkata:
"Bawalah Yusuf kepadaku, aku hendak menjadikan dia orang yang khas untuk aku
bermesyuarat dengannya. Setelah (Yusuf dibawa mengadap, dan raja) berkata-kata
dengannya (serta mengetahui kebijaksanaannya) berkatalah raja kepadanya:
"Sesungguhnya engkau pada hari ini (wahai Yusuf), seorang yang berpangkat
tinggi, lagi dipercayai di kalangan kami ".
|
Ayah 12:55 الأية
قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ
Qala ijAAalnee AAala khaza-inial-ardi innee hafeethun AAaleem
Malay
Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir);
sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara
mentadbirkannya".
|
Ayah 12:56 الأية
وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي الْأَرْضِ يَتَبَوَّأُ مِنْهَا حَيْثُ يَشَاءُ
ۚ نُصِيبُ بِرَحْمَتِنَا مَن نَّشَاءُ ۖ وَلَا نُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Wakathalika makanna liyoosufafee al-ardi yatabawwao minha haythu yashaonuseebu
birahmatina man nashao walanudeeAAu ajra almuhsineen
Malay
Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi
Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami
limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak
menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
|
Ayah 12:57 الأية
وَلَأَجْرُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Walaajru al-akhirati khayrun lillatheenaamanoo wakanoo yattaqoon
Malay
Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman
serta mereka pula sentiasa bertaqwa.
|
Ayah 12:58 الأية
وَجَاءَ إِخْوَةُ يُوسُفَ فَدَخَلُوا عَلَيْهِ فَعَرَفَهُمْ وَهُمْ لَهُ مُنكِرُونَ
Wajaa ikhwatu yoosufa fadakhalooAAalayhi faAAarafahum wahum lahu munkiroon
Malay
Dan (setelah tiba musim kemarau) datanglah saudara-saudara Yusuf (ke Mesir),
lalu masuklah mereka mendapatkannya; Yusuf dengan serta merta kenal mereka,
sedang mereka tidak mengenalnya.
|
Ayah 12:59 الأية
وَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِأَخٍ لَّكُم مِّنْ أَبِيكُمْ
ۚ أَلَا تَرَوْنَ أَنِّي أُوفِي الْكَيْلَ وَأَنَا خَيْرُ الْمُنزِلِينَ
Walamma jahhazahum bijahazihimqala i/toonee bi-akhin lakum min abeekum
alatarawna annee oofee alkayla waana khayru almunzileen
Malay
Dan ketika Yusuf menyediakan untuk mereka bekalan mereka, berkatalah ia:" (Pada
kali yang lain) bawalah kepadaku saudara kamu yang sebapa. Tidakkah kamu
melihat, bahawa aku menyempurnakan bekalan makanan kamu, dan bahawa aku
sebaik-baik penerima tetamu?
|
Ayah 12:60 الأية
فَإِن لَّمْ تَأْتُونِي بِهِ فَلَا كَيْلَ لَكُمْ عِندِي وَلَا تَقْرَبُونِ
Fa-in lam ta/toonee bihi fala kaylalakum AAindee wala taqraboon
Malay
Oleh itu, kalau kamu tidak membawanya kepadaku, maka tidak ada hak bagi kamu
mendapat bekalan makanan di sisiku, dan janganlah kamu menghampiriku lagi".
|
Ayah 12:61 الأية
قَالُوا سَنُرَاوِدُ عَنْهُ أَبَاهُ وَإِنَّا لَفَاعِلُونَ
Qaloo sanurawidu AAanhu abahuwa-inna lafaAAiloon
Malay
Mereka menjawab: "Kami akan memujuk bapanya melepaskan dia bersama-sama kami,
dan sesungguhnya kami akan melakukannya".
|
Ayah 12:62 الأية
وَقَالَ لِفِتْيَانِهِ اجْعَلُوا بِضَاعَتَهُمْ فِي رِحَالِهِمْ لَعَلَّهُمْ
يَعْرِفُونَهَا إِذَا انقَلَبُوا إِلَىٰ أَهْلِهِمْ لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
Waqala lifityanihi ijAAaloo bidaAAatahumfee rihalihim laAAallahum yaAArifoonaha
ithainqalaboo ila ahlihim laAAallahum yarjiAAoon
Malay
Dan (selepas itu) berkatalah Yusuf kepada orang-orang suruhannya. "Masukkanlah
barang-barang dagangan mereka pada tempat simpanan barang di kenderaan mereka,
supaya mereka mengetahuinya kelak ketika mereka kembali kepada keluarga mereka,
dan supaya mereka datang lagi (ke negeri ini)".
|
Ayah 12:63 الأية
فَلَمَّا رَجَعُوا إِلَىٰ أَبِيهِمْ قَالُوا يَا أَبَانَا مُنِعَ مِنَّا الْكَيْلُ
فَأَرْسِلْ مَعَنَا أَخَانَا نَكْتَلْ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
Falamma rajaAAoo ila abeehim qalooya abana muniAAa minna alkaylufaarsil maAAana
akhana naktal wa-innalahu lahafithoon
Malay
Maka ketika mereka kembali kepada bapa mereka, berkatalah mereka: "Wahai ayah
kami! Kami (tetap diberi amaran bahawa kami) tidak akan mendapat lagi bekalan
makanan (kiranya Bunyamin tidak pergi bersama). Oleh itu, hantarkanlah dia
bersama-sama kami, supaya kami dapat lagi bekalan makanan; dan sesungguhnya kami
akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".
|
Ayah 12:64 الأية
قَالَ هَلْ آمَنُكُمْ عَلَيْهِ إِلَّا كَمَا أَمِنتُكُمْ عَلَىٰ أَخِيهِ مِن قَبْلُ
ۖ فَاللهُ خَيْرٌ حَافِظًا ۖ وَهُوَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Qala hal amanukum AAalayhi illakama amintukum AAala akheehi min qablu
fallahukhayrun hafithan wahuwa arhamu arrahimeen
Malay
Bapa mereka berkata: "(Jika aku lepaskan dia pergi bersama-sama kamu), aku tidak
menaruh kepercayaan kepada kamu menjaganya melainkan seperti kepercayaanku
kepada kamu menjaga saudaranya dahulu (yang telah kamu hampakan. Oleh itu aku
hanya menaruh kepercayaan kepada Allah), kerana Allah jualah Penjaga yang
sebaik-baiknya, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani dari sesiapa sahaja yang
menaruh belas kasihan".
|
Ayah 12:65 الأية
وَلَمَّا فَتَحُوا مَتَاعَهُمْ وَجَدُوا بِضَاعَتَهُمْ رُدَّتْ إِلَيْهِمْ ۖ
قَالُوا يَا أَبَانَا مَا نَبْغِي ۖ هَٰذِهِ بِضَاعَتُنَا رُدَّتْ إِلَيْنَا ۖ
وَنَمِيرُ أَهْلَنَا وَنَحْفَظُ أَخَانَا وَنَزْدَادُ كَيْلَ بَعِيرٍ ۖ ذَٰلِكَ
كَيْلٌ يَسِيرٌ
Walamma fatahoo mataAAahumwajadoo bidaAAatahum ruddat ilayhim qaloo yaabana ma
nabghee hathihi bidaAAatunaruddat ilayna wanameeru ahlana wanahfathuakhana
wanazdadu kayla baAAeerin thalikakaylun yaseer
Malay
Dan semasa mereka membuka barang-barang mereka, mereka dapati barang-barang
dagangan mereka telah dikembalikan kepada mereka. Mereka berkata dengan
gembiranya: "Wahai ayah kami! Apa yang kita kehendaki lagi? Ini dia
barang-barang dagangan yang kita jadikan tukaran (bagi mendapat gandum) itu
telah dikembalikan kepada kita. Dan (dengan kemurahan hati menteri yang berbudi
itu) akan dapatlah kami membawa lagi bekalan makanan kepada keluarga kami, dan
kami pula akan dapat menjaga saudara kami, serta akan dapat tambahan benda-benda
makanan sebanyak muatan seekor unta lagi. Pemberian tambahan yang sebanyak itu
mudah sekali ditunaikannya".
|
Ayah 12:66 الأية
قَالَ لَنْ أُرْسِلَهُ مَعَكُمْ حَتَّىٰ تُؤْتُونِ مَوْثِقًا مِّنَ اللهِ
لَتَأْتُنَّنِي بِهِ إِلَّا أَن يُحَاطَ بِكُمْ ۖ فَلَمَّا آتَوْهُ مَوْثِقَهُمْ
قَالَ اللهُ عَلَىٰ مَا نَقُولُ وَكِيلٌ
Qala lan orsilahu maAAakum hattatu/tooni mawthiqan mina Allahi lata/tunnanee
bihi illaan yuhata bikum falamma atawhu mawthiqahum qalaAllahu AAala ma naqoolu
wakeel
Malay
Bapa mereka berkata:" Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi
bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh
(bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku
dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh".
Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya,
berkatalah ia: "Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita
semua katakan itu."
|
Ayah 12:67 الأية
وَقَالَ يَا بَنِيَّ لَا تَدْخُلُوا مِن بَابٍ وَاحِدٍ وَادْخُلُوا مِنْ أَبْوَابٍ
مُّتَفَرِّقَةٍ ۖ وَمَا أُغْنِي عَنكُم مِّنَ اللهِ مِن شَيْءٍ ۖ إِنِ الْحُكْمُ
إِلَّا لِلَّهِ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَعَلَيْهِ فَلْيَتَوَكَّلِ
الْمُتَوَكِّلُونَ
Waqala ya baniyya latadkhuloo min babin wahidin wadkhuloo minabwabin
mutafarriqatin wama oghnee AAankum mina Allahimin shay-in ini alhukmu illa
lillahiAAalayhi tawakkaltu waAAalayhi falyatawakkali almutawakkiloon
Malay
Dan ia berkata lagi: "Wahai anak-anakku! Janganlah kamu masuk (ke bandar Mesir)
dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuklah dari beberapa buah pintu yang
berlainan. Dan aku (dengan nasihatku ini), tidak dapat menyelamatkan kamu dari
sesuatu takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Kuasa menetapkan sesuatu (sebab
dan musabab) itu hanya tertentu bagi Allah. KepadaNyalah aku berserah diri, dan
kepadaNyalah hendaknya berserah orang-orang yang mahu berserah diri".
|
Ayah 12:68 الأية
وَلَمَّا دَخَلُوا مِنْ حَيْثُ أَمَرَهُمْ أَبُوهُم مَّا كَانَ يُغْنِي عَنْهُم
مِّنَ اللهِ مِن شَيْءٍ إِلَّا حَاجَةً فِي نَفْسِ يَعْقُوبَ قَضَاهَا ۚ
وَإِنَّهُ لَذُو عِلْمٍ لِّمَا عَلَّمْنَاهُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا
يَعْلَمُونَ
Walamma dakhaloo min haythuamarahum aboohum ma kana yughnee AAanhum mina
Allahimin shay-in illa hajatan fee nafsi yaAAqooba qadahawa-innahu lathoo
AAilmin lima AAallamnahuwalakinna akthara annasi layaAAlamoon
Malay
Dan ketika mereka masuk menurut arah yang diperintahkan oleh bapa mereka,
tidaklah perintahnya itu dapat menyelamatkan mereka dari apa yang telah
ditakdirkan oleh Allah sedikitpun, tetapi yang demikian itu hanyalah melahirkan
hajat yang terpendam dalam hati Nabi Yaakub. Dan sesungguhnya ia orang yang
berilmu, kerana kami telah mengajarnya (dengan perantaraan wahyu); tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui (akan rahsia takdir Tuhan).
|
Ayah 12:69 الأية
وَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَخَاهُ ۖ قَالَ إِنِّي أَنَا
أَخُوكَ فَلَا تَبْتَئِسْ بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Walamma dakhaloo AAala yoosufaawa ilayhi akhahu qala innee anaakhooka fala
tabta-is bima kanoo yaAAmaloon
Malay
Dan semasa mereka masuk mendapatkan Yusuf, ia menempatkan saudara kandungnya
(Bunyamin) bersama-samanya, sambil berkata kepadanya:" Akulah saudara engkau
Yusuf), oleh itu janganlah engkau berdukacita lagi disebabkan apa yang mereka
lakukan".
|
Ayah 12:70 الأية
فَلَمَّا جَهَّزَهُم بِجَهَازِهِمْ جَعَلَ السِّقَايَةَ فِي رَحْلِ أَخِيهِ ثُمَّ
أَذَّنَ مُؤَذِّنٌ أَيَّتُهَا الْعِيرُ إِنَّكُمْ لَسَارِقُونَ
Falamma jahhazahum bijahazihimjaAAala assiqayata fee rahli akheehi
thummaaththana mu-aththinun ayyatuha alAAeeruinnakum lasariqoon
Malay
Maka ketika ia membekalkan mereka dengan bekalan makan (yang mencukupi
keperluan) mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan
saudaranya (Bunyamin), kemudian menyeru seorang penyeru:" Wahai orang-orang
kafilah ini, sesungguhnya kamu adalah pencuri ".
|
Ayah 12:71 الأية
قَالُوا وَأَقْبَلُوا عَلَيْهِم مَّاذَا تَفْقِدُونَ
Qaloo waaqbaloo AAalayhim mathatafqidoon
Malay
Mereka bertanya sambil mengadap ke arah orang-orang menteri yang menuduh itu:
"Apa benda kamu yang kehilangan?"
|
Ayah 12:72 الأية
قَالُوا نَفْقِدُ صُوَاعَ الْمَلِكِ وَلِمَن جَاءَ بِهِ حِمْلُ بَعِيرٍ وَأَنَا
بِهِ زَعِيمٌ
Qaloo nafqidu suwaAAaalmaliki waliman jaa bihi himlu baAAeerin waanabihi zaAAeem
Malay
Orang-orang menteri menjawab: "Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta,
dan akulah yang menjamin pemberian itu".
|
Ayah 12:73 الأية
قَالُوا تَاللهِ لَقَدْ عَلِمْتُم مَّا جِئْنَا لِنُفْسِدَ فِي الْأَرْضِ وَمَا
كُنَّا سَارِقِينَ
Qaloo tallahi laqadAAalimtum ma ji/na linufsida fee al-ardi wamakunna sariqeen
Malay
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa
kedatangan kami bukanlah untuk berbuat kerosakan di bumi (Mesir ini), dan kami
pula bukanlah pencuri".
|
Ayah 12:74 الأية
قَالُوا فَمَا جَزَاؤُهُ إِن كُنتُمْ كَاذِبِينَ
Qaloo fama jazaohu inkuntum kathibeen
Malay
(Orang-orang menteri) bertanya: "Maka apa balasan pencuri itu, jika kamu
berdusta?"
|
Ayah 12:75 الأية
قَالُوا جَزَاؤُهُ مَن وُجِدَ فِي رَحْلِهِ فَهُوَ جَزَاؤُهُ ۚ كَذَٰلِكَ نَجْزِي
الظَّالِمِينَ
Qaloo jazaohu man wujida feerahlihi fahuwa jazaohu kathalika najzee aththalimeen
Malay
Mereka menjawab: "Balasannya: sesiapa yang didapati benda itu di kenderaannya,
maka dia lah sendiri yang menjadi balasannya. Demikianlah kami membalas
orang-orang yang zalim".
|
Ayah 12:76 الأية
فَبَدَأَ بِأَوْعِيَتِهِمْ قَبْلَ وِعَاءِ أَخِيهِ ثُمَّ اسْتَخْرَجَهَا مِن
وِعَاءِ أَخِيهِ ۚ كَذَٰلِكَ كِدْنَا لِيُوسُفَ ۖ مَا كَانَ لِيَأْخُذَ أَخَاهُ فِي
دِينِ الْمَلِكِ إِلَّا أَن يَشَاءَ اللهُ ۚ نَرْفَعُ دَرَجَاتٍ مَّن نَّشَاءُ ۗ
وَفَوْقَ كُلِّ ذِي عِلْمٍ عَلِيمٌ
Fabadaa bi-awAAiyatihim qabla wiAAa-iakheehi thumma istakhrajaha min wiAAa-i
akheehi kathalikakidna liyoosufa ma kana liya/khuthaakhahu fee deeni almaliki
illa an yashaa AllahunarfaAAu darajatin man nashao wafawqa kulli theeAAilmin
AAaleem
Malay
Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang mereka sebelum memeriksa
tempat barang saudara kandungnya (Bunyamin) kemudian ia mengeluarkan benda yang
hilang itu dari tempat simpanan barang saudara kandungnya. Demikianlah Kami
jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat) Yusuf. Tidaklah ia akan dapat
mengambil saudara kandungnya menurut undang-undang raja, kecuali jika
dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat
kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang berilmu
pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui,
|
Ayah 12:77 الأية
قَالُوا إِن يَسْرِقْ فَقَدْ سَرَقَ أَخٌ لَّهُ مِن قَبْلُ ۚ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ
فِي نَفْسِهِ وَلَمْ يُبْدِهَا لَهُمْ ۚ قَالَ أَنتُمْ شَرٌّ مَّكَانًا ۖ وَاللهُ
أَعْلَمُ بِمَا تَصِفُونَ
Qaloo in yasriq faqad saraqa akhunlahu min qablu faasarraha yoosufu fee nafsihi
walam yubdihalahum qala antum sharrun makanan wallahuaAAlamu bima tasifoon
Malay
Mereka berkata:" Kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya
saudara kandungnya pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang
menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak
menyatakannya kepada mereka, sambil berkata (dalam hati): "Kamulah yang lebih
buruk keadaannya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu katakan itu".
|
Ayah 12:78 الأية
قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ إِنَّ لَهُ أَبًا شَيْخًا كَبِيرًا فَخُذْ
أَحَدَنَا مَكَانَهُ ۖ إِنَّا نَرَاكَ مِنَ الْمُحْسِنِينَ
Qaloo ya ayyuhaalAAazeezu inna lahu aban shaykhan kabeeran fakhuth
ahadanamakanahu inna naraka mina almuhsineen
Malay
Merekapun merayu dengan berkata: "Wahai datuk menteri! Sesungguhnya ia
(Bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua, lagi berpangkat. Oleh itu, ambilah
salah seorang di antara kami sebagai gantinya; sesungguhnya kami memandangmu
dari orang-orang yang sentiasa berbudi ".
|
Ayah 12:79 الأية
قَالَ مَعَاذَ اللهِ أَن نَّأْخُذَ إِلَّا مَن وَجَدْنَا مَتَاعَنَا عِندَهُ
إِنَّا إِذًا لَّظَالِمُونَ
Qala maAAatha Allahi anna/khutha illa man wajadna mataAAanaAAindahu inna ithan
lathalimoon
Malay
Yusuf berkata: "Kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun
kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. Sesungguhnya jika
kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim".
|
Ayah 12:80 الأية
فَلَمَّا اسْتَيْأَسُوا مِنْهُ خَلَصُوا نَجِيًّا ۖ قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ
تَعْلَمُوا أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُم مَّوْثِقًا مِّنَ اللهِ وَمِن
قَبْلُ مَا فَرَّطتُمْ فِي يُوسُفَ ۖ فَلَنْ أَبْرَحَ الْأَرْضَ حَتَّىٰ يَأْذَنَ
لِي أَبِي أَوْ يَحْكُمَ اللهُ لِي ۖ وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ
Falamma istay-asoo minhu khalasoonajiyyan qala kabeeruhum alam taAAlamoo anna
abakumqad akhatha AAalaykum mawthiqan mina Allahi waminqablu ma farrattum fee
yoosufa falan abrahaal-arda hatta ya/thana lee abee aw yahkumaAllahu lee wahuwa
khayru alhakimeen
Malay
Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun
mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. Berkatalah ketua mereka
(saudaranya yang sulung): "Tidakkah kamu ketahui bahawa bapa kita telah
mengambil janji dari kamu yang dikuatkan dengan nama Allah, dan dahulu pun kamu
telah mencuaikan janji dan sumpah kamu dalam perkara menjaga keselamatan Yusuf?
Oleh itu, aku tidak sekali-kali akan meninggalkan negeri (Mesir) ini sehingga
bapaku izinkan aku (kembali atau sehingga Allah menghukum bagiku (untuk
meninggalkan negeri ini), dan Dia lah Hakim yang seadil-adilnya.
|
Ayah 12:81 الأية
ارْجِعُوا إِلَىٰ أَبِيكُمْ فَقُولُوا يَا أَبَانَا إِنَّ ابْنَكَ سَرَقَ وَمَا
شَهِدْنَا إِلَّا بِمَا عَلِمْنَا وَمَا كُنَّا لِلْغَيْبِ حَافِظِينَ
IrjiAAoo ila abeekum faqooloo yaabana inna ibnaka saraqa wama shahidnailla bima
AAalimna wama kunnalilghaybi hafitheen
Malay
Kembalilah kamu kepada bapa kamu, dan katakanlah, wahai ayah kami! Sesungguhnya
anakmu (Bunyamin) telah mencuri, dan kami tidak menjadi saksi (terhadapnya)
melainkan dengan apa yang kami ketahui dan kami tidaklah dapat menjaga perkara
yang ghaib.
|
Ayah 12:82 الأية
وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ الَّتِي كُنَّا فِيهَا وَالْعِيرَ الَّتِي أَقْبَلْنَا
فِيهَا ۖ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ
Was-ali alqaryata allatee kunnafeeha walAAeera allatee aqbalna feehawa-inna
lasadiqoon
Malay
Dan bertanyalah kepada penduduk negeri (Mesir) tempat kami tinggal (berdagang)
dan kepada orang-orang kafilah yang kami balik bersamanya. Sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang benar".
|
Ayah 12:83 الأية
قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنفُسُكُمْ أَمْرًا ۖ فَصَبْرٌ جَمِيلٌ ۖ عَسَى
اللهُ أَن يَأْتِيَنِي بِهِمْ جَمِيعًا ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
Qala bal sawwalat lakum anfusukumamran fasabrun jameelun AAasa Allahu
anya/tiyanee bihim jameeAAan innahu huwa alAAaleemu alhakeem
Malay
(Setelah mereka kembali dan menyampaikan hal itu kepada bapa mereka) berkatalah
ia: "(Tidaklah benar apa yang kamu katakan itu) bahkan nafsu kamu telah
memperelokkan pada pandangan kamu suatu perkara (yang kamu rancangkan). Jika
demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, mudah-mudahan Allah
mengembalikan mereka semua kepadaku. Sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
|
Ayah 12:84 الأية
وَتَوَلَّىٰ عَنْهُمْ وَقَالَ يَا أَسَفَىٰ عَلَىٰ يُوسُفَ وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ
مِنَ الْحُزْنِ فَهُوَ كَظِيمٌ
Watawalla AAanhum waqala yaasafa AAala yoosufa wabyaddat AAaynahumina alhuzni
fahuwa katheem
Malay
Dan (bapa mereka - Nabi Yaakub) pun berpaling dari mereka (kerana berita yang
mengharukan itu) sambil berkata: Aduhai sedihnya aku kerana Yusuf, dan putihlah
dua belah matanya disebabkan ratap tangis dukacitanya kerana ia orang yang
memendamkan marahnya di dalam hati.
|
Ayah 12:85 الأية
قَالُوا تَاللهِ تَفْتَأُ تَذْكُرُ يُوسُفَ حَتَّىٰ تَكُونَ حَرَضًا أَوْ تَكُونَ
مِنَ الْهَالِكِينَ
Qaloo tallahi taftaotathkuru yoosufa hatta takoona haradanaw takoona mina
alhalikeen
Malay
Mereka berkata: "Demi Allah, ayah tak habis-habis ingat kepada Yusuf, sehingga
ayah menjadi sakit merana, atau menjadi dari orang-orang yang binasa".
|
Ayah 12:86 الأية
قَالَ إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللهِ وَأَعْلَمُ مِنَ اللهِ
مَا لَا تَعْلَمُونَ
Qala innama ashkoo baththee wahuzneeila Allahi waaAAlamu mina Allahi ma
lataAAlamoon
Malay
(Nabi Yaakub) menjawab: "Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan
dukacitaku kepada Allah dan aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari
Allah, apa yang kamu tidak mengetahuinya.
|
Ayah 12:87 الأية
يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِن يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِن
رَّوْحِ اللهِ ۖ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللهِ إِلَّا الْقَوْمُ
الْكَافِرُونَ
Ya baniyya ithhaboo fatahassasoomin yoosufa waakheehi wala tay-asoo min rawhi
Allahiinnahu la yay-asu min rawhi Allahi illaalqawmu alkafiroon
Malay
Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan
saudaranya (Bunyamin), dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta
pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan
Allah itu melainkan kaum yang kafir".
|
Ayah 12:88 الأية
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَيْهِ قَالُوا يَا أَيُّهَا الْعَزِيزُ مَسَّنَا وَأَهْلَنَا
الضُّرُّ وَجِئْنَا بِبِضَاعَةٍ مُّزْجَاةٍ فَأَوْفِ لَنَا الْكَيْلَ وَتَصَدَّقْ
عَلَيْنَا ۖ إِنَّ اللهَ يَجْزِي الْمُتَصَدِّقِينَ
Falamma dakhaloo AAalayhi qalooya ayyuha alAAazeezu massana waahlanaaddurru
waji/na bibidaAAatin muzjatinfaawfi lana alkayla watasaddaq AAalayna innaAllaha
yajzee almutasaddiqeen
Malay
Maka (bertolaklah mereka ke Mesir, dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf,
berkatalah mereka: "Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita
kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang
baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri
ini). Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah
kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada
orang-orang yang bermurah hati menderma".
|
Ayah 12:89 الأية
قَالَ هَلْ عَلِمْتُم مَّا فَعَلْتُم بِيُوسُفَ وَأَخِيهِ إِذْ أَنتُمْ جَاهِلُونَ
Qala hal AAalimtum mafaAAaltum biyoosufa waakheehi ith antum jahiloon
Malay
Yusuf berkata: "Tahukah kamu (betapa buruknya) apa yang kamu telah lakukan
kepada Yusuf dan adiknya, semasa kamu masih jahil (tentang buruknya perbuatan
yang demikian)?"
|
Ayah 12:90 الأية
قَالُوا أَإِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُ ۖ قَالَ أَنَا يُوسُفُ وَهَٰذَا أَخِي ۖ قَدْ
مَنَّ اللهُ عَلَيْنَا ۖ إِنَّهُ مَن يَتَّقِ وَيَصْبِرْ فَإِنَّ اللهَ لَا
يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
Qaloo a-innaka laanta yoosufa qalaana yoosufu wahatha akhee qad manna
AllahuAAalayna innahu man yattaqi wayasbir fa-inna Allahala yudeeAAu ajra
almuhsineen
Malay
Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Ia menjawab: "Akulah
Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya
kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya
Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
|
Ayah 12:91 الأية
قَالُوا تَاللهِ لَقَدْ آثَرَكَ اللهُ عَلَيْنَا وَإِن كُنَّا لَخَاطِئِينَ
Qaloo tallahi laqad atharakaAllahu AAalayna wa-in kunna lakhati-een
Malay
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan
engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami
adalah orang-orang yang bersalah".
|
Ayah 12:92 الأية
قَالَ لَا تَثْرِيبَ عَلَيْكُمُ الْيَوْمَ ۖ يَغْفِرُ اللهُ لَكُمْ ۖ وَهُوَ
أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
Qala la tathreeba AAalaykumualyawma yaghfiru Allahu lakum wahuwa arhamu
arrahimeen
Malay
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan
(tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan
dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang
mengasihani.
|
Ayah 12:93 الأية
اذْهَبُوا بِقَمِيصِي هَٰذَا فَأَلْقُوهُ عَلَىٰ وَجْهِ أَبِي يَأْتِ بَصِيرًا
وَأْتُونِي بِأَهْلِكُمْ أَجْمَعِينَ
Ithhaboo biqameesee hathafaalqoohu AAala wajhi abee ya/ti baseeran
wa/tooneebi-ahlikum ajmaAAeen
Malay
Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia
dapat melihat, dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya".
|
Ayah 12:94 الأية
وَلَمَّا فَصَلَتِ الْعِيرُ قَالَ أَبُوهُمْ إِنِّي لَأَجِدُ رِيحَ يُوسُفَ ۖ
لَوْلَا أَن تُفَنِّدُونِ
Walamma fasalati alAAeeru qalaaboohum innee laajidu reeha yoosufa lawla
antufannidoon
Malay
Dan semasa kafilah (mereka meninggalkan Mesir menunju ke tempat bapa mereka di
Palestin), berkatalah bapa mereka (kepada kaum kerabatnya yang ada di sisinya):
"Sesungguhnya aku ada terbau akan bau Yusuf. Jika kamu tidak menyangka aku sudah
nyanyuk (tentulah kamu akan percaya)".
|
Ayah 12:95 الأية
قَالُوا تَاللهِ إِنَّكَ لَفِي ضَلَالِكَ الْقَدِيمِ
Qaloo tallahi innakalafee dalalika alqadeem
Malay
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya ayah masih berada dalam keadaan tidak
siumanmu yang lama".
|
Ayah 12:96 الأية
فَلَمَّا أَن جَاءَ الْبَشِيرُ أَلْقَاهُ عَلَىٰ وَجْهِهِ فَارْتَدَّ بَصِيرًا ۖ
قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ مِنَ اللهِ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Falamma an jaa albasheeru alqahuAAala wajhihi fartadda baseeran qalaalam aqul
lakum innee aAAlamu mina Allahi ma lataAAlamoon
Malay
Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang mengembirakan itu, dia
pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik
kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: "Bukankah aku telah katakan
kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) dari Allah
akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?"
|
Ayah 12:97 الأية
قَالُوا يَا أَبَانَا اسْتَغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا إِنَّا كُنَّا خَاطِئِينَ
Qaloo ya abanaistaghfir lana thunoobana inna kunnakhati-een
Malay
Mereka berkata: "Wahai ayah kami! Mintalah ampun bagi kami akan dosa-dosa kami;
sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
|
Ayah 12:98 الأية
قَالَ سَوْفَ أَسْتَغْفِرُ لَكُمْ رَبِّي ۖ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Qala sawfa astaghfiru lakum rabbeeinnahu huwa alghafooru arraheem
Malay
Nabi Yaakub berkata: "Aku akan meminta ampun bagi kamu dari Tuhanku;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
|
Ayah 12:99 الأية
فَلَمَّا دَخَلُوا عَلَىٰ يُوسُفَ آوَىٰ إِلَيْهِ أَبَوَيْهِ وَقَالَ ادْخُلُوا
مِصْرَ إِن شَاءَ اللهُ آمِنِينَ
Falamma dakhaloo AAala yoosufaawa ilayhi abawayhi waqala odkhuloo misrain shaa
Allahu amineen
Malay
Maka ketika mereka (Nabi Yaakub dan keluarganya) masuk (ke Mesir) menemui Yusuf,
Yusuf segera menyambut serta memeluk kedua ibu bapanya, sambil berkata:
"Masuklah kamu ke negeri Mesir, insya Allah kamu berada di dalam aman.
|
Ayah 12:100 الأية
وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ وَخَرُّوا لَهُ سُجَّدًا ۖ وَقَالَ يَا أَبَتِ
هَٰذَا تَأْوِيلُ رُؤْيَايَ مِن قَبْلُ قَدْ جَعَلَهَا رَبِّي حَقًّا ۖ وَقَدْ
أَحْسَنَ بِي إِذْ أَخْرَجَنِي مِنَ السِّجْنِ وَجَاءَ بِكُم مِّنَ الْبَدْوِ مِن
بَعْدِ أَن نَّزَغَ الشَّيْطَانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي ۚ إِنَّ رَبِّي
لَطِيفٌ لِّمَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ هُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ
WarafaAAa abawayhi AAala alAAarshiwakharroo lahu sujjadan waqala ya abati
hathata/weelu ru/yaya min qablu qad jaAAalaha rabbee haqqanwaqad ahsana bee ith
akhrajanee mina assijniwajaa bikum mina albadwi min baAAdi an nazagha
ashshaytanubaynee wabayna ikhwatee inna rabbee lateefun limayashao innahu huwa
alAAaleemu alhakeem
Malay
Dan ia dudukkan kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran.
Dan setelah itu mereka semuanya tunduk memberi hormat kepada Yusuf. Dan (pada
saat itu) berkatalah Yusuf: "Wahai ayahku! Inilah dia tafsiran mimpiku dahulu.
Sesungguhnya Allah telah menjadikan mimpiku itu benar. Dan sesungguhnya Ia telah
melimpahkan kebaikan kepadaku ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara; dan Ia
membawa kamu ke mari dari dosa sesudah Syaitan (dengan hasutannya) merosakkan
perhubungan antaraku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut
tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha
Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
|
Ayah 12:101 الأية
رَبِّ قَدْ آتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ الْأَحَادِيثِ
ۚ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۖ
تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Rabbi qad ataytanee mina almulkiwaAAallamtanee min ta/weeli al-ahadeethi fatira
assamawatiwal-ardi anta waliyyee fee addunyawal-akhirati tawaffanee musliman
waalhiqneebissaliheen
Malay
"Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari
kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi.
Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di
dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam,
dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh".
|
Ayah 12:102 الأية
ذَٰلِكَ مِنْ أَنبَاءِ الْغَيْبِ نُوحِيهِ إِلَيْكَ ۖ وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ إِذْ
أَجْمَعُوا أَمْرَهُمْ وَهُمْ يَمْكُرُونَ
Thalika min anba-i alghaybinooheehi ilayka wama kunta ladayhim ithajmaAAoo
amrahum wahum yamkuroon
Malay
(Kisah nabi Yusuf) yang demikian ialah dari berita-berita yang ghaib yang kami
wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), sedang engkau tidak ada bersama-sama mereka
semasa mereka sekata mengambil keputusan (hendak membuang Yusuf ke dalam perigi)
dan semasa mereka menjalankan rancangan jahat (terhadapnya untuk
membinasakannya).
|
Ayah 12:103 الأية
وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ
Wama aktharu annasiwalaw harasta bimu/mineen
Malay
Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau terlalu ingin (supaya
mereka beriman).
|
Ayah 12:104 الأية
وَمَا تَسْأَلُهُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ ۚ إِنْ هُوَ إِلَّا ذِكْرٌ
لِّلْعَالَمِينَ
Wama tas-aluhum AAalayhi min ajrinin huwa illa thikrun lilAAalameen
Malay
Padahal engkau tidak meminta kepada mereka sebarang upah tentang ajaran
Al-Quran, sedang Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan dan pengajaran dari
Allah bagi umat manusia seluruhnya.
|
Ayah 12:105 الأية
وَكَأَيِّن مِّنْ آيَةٍ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ يَمُرُّونَ عَلَيْهَا وَهُمْ
عَنْهَا مُعْرِضُونَ
Wakaayyin min ayatin fee assamawatiwal-ardi yamurroona AAalayha wahum
AAanhamuAAridoon
Malay
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka
menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak
juga menghiraukan dan memikirkannya.
|
Ayah 12:106 الأية
وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُم بِاللهِ إِلَّا وَهُم مُّشْرِكُونَ
Wama yu/minu aktharuhum billahiilla wahum mushrikoon
Malay
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman
kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
|
Ayah 12:107 الأية
أَفَأَمِنُوا أَن تَأْتِيَهُمْ غَاشِيَةٌ مِّنْ عَذَابِ اللهِ أَوْ تَأْتِيَهُمُ
السَّاعَةُ بَغْتَةً وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Afaaminoo an ta/tiyahum ghashiyatunmin AAathabi Allahi aw ta/tiyahumu
assaAAatubaghtatan wahum la yashAAuroon
Malay
(Mengapa mereka bersikap demikian?) Adakah mereka merasa aman dari didatangi
azab Allah yang meliputi mereka, atau didatangi hari kiamat secara mengejut,
sedang mereka tidak menyedarinya?
|
Ayah 12:108 الأية
قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللهِ ۚ عَلَىٰ بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ
اتَّبَعَنِي ۖ وَسُبْحَانَ اللهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Qul hathihi sabeelee adAAoo ilaAllahi AAala baseeratin ana wamaniittabaAAanee
wasubhana Allahi wama anamina almushrikeen
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang
menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan
keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari
segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang
mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."
|
Ayah 12:109 الأية
وَمَا أَرْسَلْنَا مِن قَبْلِكَ إِلَّا رِجَالًا نُّوحِي إِلَيْهِم مِّنْ أَهْلِ
الْقُرَىٰ ۗ أَفَلَمْ يَسِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَيَنظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ
الَّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ ۗ وَلَدَارُ الْآخِرَةِ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ اتَّقَوْا ۗ
أَفَلَا تَعْقِلُونَ
Wama arsalna min qablika illarijalan noohee ilayhim min ahli alquraafalam
yaseeroo fee al-ardi fayanthurookayfa kana AAaqibatu allatheena min
qablihimwaladaru al-akhirati khayrun lillatheenaittaqaw afala taAAqiloon
Malay
Dan tiadalah Kami mengutus Rasul - sebelummu (wahai Muhammad) melainkan
orang-orang lelaki dari penduduk bandar, yang kami wahyukan kepada mereka. Maka
mengapa orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu tidak mengembara di muka bumi,
supaya memerhatikan bagaimana akibat orang-orang kafir yang terdahulu dari
mereka? Dan (ingatlah) sesungguhnya negeri akhirat lebih baik bagi orang-orang
yang bertaqwa. Oleh itu, mengapa kamu (wahai manusia) tidak mahu memikirkannya?
|
Ayah 12:110 الأية
حَتَّىٰ إِذَا اسْتَيْأَسَ الرُّسُلُ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ قَدْ كُذِبُوا جَاءَهُمْ
نَصْرُنَا فَنُجِّيَ مَن نَّشَاءُ ۖ وَلَا يُرَدُّ بَأْسُنَا عَنِ الْقَوْمِ
الْمُجْرِمِينَ
Hatta itha istay-asa arrusuluwathannoo annahum qad kuthiboo jaahumnasruna
fanujjiya man nashao walayuraddu ba/suna AAani alqawmi almujrimeen
Malay
(Orang-orang yang mendustakan ugama Allah itu telah diberi tempoh yang lanjut
sebelum ditimpakan dengan azab) hingga apabila Rasul-rasul berputus asa terhadap
kaumnya yang ingkar dan menyangka bahawa mereka telah disifatkan oleh kaumnya
sebagai orang-orang yang berdusta, datanglah pertolongan Kami kepada mereka,
lalu diselamatkanlah sesiapa yang Kami kehendaki. Dan (ingatlah bahawa) azab
Kami tidak akan dapat ditolak oleh sesiapapun daripada menimpa kaum yang
berdosa.
|
Ayah 12:111 الأية
لَقَدْ كَانَ فِي قَصَصِهِمْ عِبْرَةٌ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ ۗ مَا كَانَ حَدِيثًا
يُفْتَرَىٰ وَلَٰكِن تَصْدِيقَ الَّذِي بَيْنَ يَدَيْهِ وَتَفْصِيلَ كُلِّ شَيْءٍ
وَهُدًى وَرَحْمَةً لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Laqad kana fee qasasihimAAibratun li-olee al-albabi ma kana hadeethanyuftara
walakin tasdeeqa allatheebayna yadayhi watafseela kulli shay-in wahudan
warahmatanliqawmin yu/minoon
Malay
Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan
iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang
terkandung dalam Al-Quran) bukanlah ia cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi
ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab ugama yang terdahulu
daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta
menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|