Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Ayah 73:5 الأية
إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلًا ثَقِيلًا
Inna sanulqee AAalayka qawlan thaqeela
Malay
(Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan
ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan
kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada
orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).
Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan
lebih tetap betul bacaannya.
Ayah 73:7 الأية
إِنَّ لَكَ فِي النَّهَارِ سَبْحًا طَوِيلًا
Inna laka fee annahari sabhantaweela
Malay
(Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana
sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira
bicaranya;
Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan
malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat
tumpuan.
Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu,
orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka
sedikit masa;
Ayah 73:12 الأية
إِنَّ لَدَيْنَا أَنكَالًا وَجَحِيمًا
Inna ladayna ankalan wajaheema
Malay
Kerana sesungguhnya di sisi Kami disediakan (untuk mereka) belenggu-belenggu dan
neraka yang menjulang-julang,
Ayah 73:13 الأية
وَطَعَامًا ذَا غُصَّةٍ وَعَذَابًا أَلِيمًا
WataAAaman tha ghussatinwaAAathaban aleema
Malay
Serta makanan yang menjadikan pemakannya tercekik, dan azab seksa yang tidak
terperi sakitnya.
(Azab itu tetap berlaku) pada hari bumi dan gunung-ganang bergoncang (serta
hancur lebur), dan menjadilah gunung-ganang itu timbunan pasir yang mudah
bersepah.
Inna arsalna ilaykum rasoolanshahidan AAalaykum kama arsalna ilafirAAawna
rasoola
Malay
Sesungguhnya Kami telah mengutus kepada kamu (wahai umat Muhammad), seorang
Rasul yang menjadi saksi terhadap kamu (tentang orang yang mematuhi atau menolak
seruannya), sebagaimana Kami telah mengutus kepada Firaun seorang Rasul.
Fakayfa tattaqoona in kafartum yawmanyajAAalu alwildana sheeba
Malay
(Sekiranya kamu tidak ditimpa azab di dunia), maka bagaimana kamu dapat menjaga
dan menyelamatkan diri kamu - kalau kamu kufur ingkar - (dari azab) hari yang
huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?
Inna hathihi tathkiratun famanshaa ittakhatha ila rabbihi sabeela
Malay
Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang mengandungi amaran) ini menjadi
peringatan oleh itu sesiapa yang mahukan kebaikan dirinya dapatlah ia mengambil
jalan yang membawa kepada Tuhannya (dengan iman dan taat).
Inna rabbaka yaAAlamu annaka taqoomu adnamin thuluthayi allayli wanisfahu
wathuluthahu wata-ifatunmina allatheena maAAaka wallahu yuqaddiruallayla
wannahara AAalima an lan tuhsoohufataba AAalaykum faqraoo ma tayassara
minaalqur-ani AAalima an sayakoonu minkum marda waakharoonayadriboona fee
al-ardi yabtaghoona min fadliAllahi waakharoona yuqatiloona fee sabeeliAllahi
faqraoo ma tayassara minhu waaqeemooassalata waatoo azzakatawaaqridoo Allaha
qardan hasanan wamatuqaddimoo li-anfusikum min khayrin tajidoohu AAinda
Allahihuwa khayran waaAAthama ajran wastaghfirooAllaha inna Allaha ghafoorun
raheem
Malay
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun
(sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu
perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh)
segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah
yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa
malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira
dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu
(dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah
kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui
bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya
orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia
Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela
ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman
kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua
kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan
mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan
yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.