1st Ayah 1 الأية ١الأوليبِسْم ِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
طس ۚ تِلْكَ آيَاتُ الْقُرْآنِ وَكِتَابٍ مُّبِينٍ
Ta-seen tilka ayatualqur-ani wakitabin mubeen
Malay
Taa, siin. Ini ialah ayat-ayat Al-Quran, juga Kitab yang jelas nyata
(kandungannya dan kebenarannya),
|
Ayah 27:2 الأية
هُدًى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ
Hudan wabushra lilmu/mineen
Malay
Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman,
|
Ayah 27:3 الأية
الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُم بِالْآخِرَةِ هُمْ
يُوقِنُونَ
Allatheena yuqeemoona assalatawayu/toona azzakata wahum bil-akhiratihum
yooqinoon
Malay
Iaitu mereka yang tetap mendirikan sembahyang dan memberi zakat, sedang mereka
pula percaya dengan yakin akan hari akhirat.
|
Ayah 27:4 الأية
إِنَّ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ زَيَّنَّا لَهُمْ أَعْمَالَهُمْ
فَهُمْ يَعْمَهُونَ
Inna allatheena la yu/minoonabil-akhirati zayyanna lahum aAAmalahumfahum
yaAAmahoon
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan
perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu,
tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
|
Ayah 27:5 الأية
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ لَهُمْ سُوءُ الْعَذَابِ وَهُمْ فِي الْآخِرَةِ هُمُ
الْأَخْسَرُونَ
Ola-ika allatheena lahum soo-oalAAathabi wahum fee al-akhirati humu al-akhsaroon
Malay
Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan
mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
|
Ayah 27:6 الأية
وَإِنَّكَ لَتُلَقَّى الْقُرْآنَ مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ
Wa-innaka latulaqqa alqur-anamin ladun hakeemin AAaleem
Malay
Dan sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) diberikan menyambut dan menerima
Al-Quran dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
|
Ayah 27:7 الأية
إِذْ قَالَ مُوسَىٰ لِأَهْلِهِ إِنِّي آنَسْتُ نَارًا سَآتِيكُم مِّنْهَا بِخَبَرٍ
أَوْ آتِيكُم بِشِهَابٍ قَبَسٍ لَّعَلَّكُمْ تَصْطَلُونَ
Ith qala moosa li-ahlihiinnee anastu naran saateekum minhabikhabarin aw ateekum
bishihabin qabasinlaAAallakum tastaloon
Malay
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada isterinya: "Sesungguhnya
aku ada melihat api; aku akan bawakan berita dari situ kepada kamu, atau aku
akan bawakan colok api daripadanya, supaya kamu dapat memanaskan diri.
|
Ayah 27:8 الأية
فَلَمَّا جَاءَهَا نُودِيَ أَن بُورِكَ مَن فِي النَّارِ وَمَنْ حَوْلَهَا
وَسُبْحَانَ اللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Falamma jaaha noodiya anboorika man fee annari waman hawlahawasubhana Allahi
rabbi alAAalameen
Malay
Maka apabila ia sampai ke tempat api itu, (kedengaran) ia diseru: "Berkat yang
melimpah-limpah kepada orang yang berada dekat api ini dan sesiapa yang ada (di
daerah) sekelilingnya; dan Maha Sucilah Allah Tuhan sekalian alam.
|
Ayah 27:9 الأية
يَا مُوسَىٰ إِنَّهُ أَنَا اللهُ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ
Ya moosa innahu ana AllahualAAazeezu alhakeem
Malay
"Wahai Musa, sesungguhnya Akulah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
|
Ayah 27:10 الأية
وَأَلْقِ عَصَاكَ ۚ فَلَمَّا رَآهَا تَهْتَزُّ كَأَنَّهَا جَانٌّ وَلَّىٰ مُدْبِرًا
وَلَمْ يُعَقِّبْ ۚ يَا مُوسَىٰ لَا تَخَفْ إِنِّي لَا يَخَافُ لَدَيَّ
الْمُرْسَلُونَ
Waalqi AAasaka falamma raahatahtazzu kaannaha jannun walla mudbiranwalam
yuAAaqqib ya moosa la takhaf innee layakhafu ladayya almursaloon
Malay
Dan (sekarang) campakkanlah tongkatmu. Maka apabila ia melihat tongkatnya itu
(menjadi seekor ular besar) bergerak cepat tangkas, seolah-olah seekor ular
kecil, berpalinglah dia melarikan diri dan tidak menoleh lagi. (Lalu ia diseru):
" Wahai Musa, janganlah takut, sesungguhnya Rasul-rasul itu semasa mengadapku
(menerima wahyu), tidak sepatutnya merasa takut,
|
Ayah 27:11 الأية
إِلَّا مَن ظَلَمَ ثُمَّ بَدَّلَ حُسْنًا بَعْدَ سُوءٍ فَإِنِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Illa man thalama thummabaddala husnan baAAda soo-in fa-innee ghafoorun raheem
Malay
"Tetapi sesiapa yang berbuat salah, kemudian ia mengubahnya dengan melakukan
kebaikan sesudah berbuat salah, maka sesungguhnya Aku Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
|
Ayah 27:12 الأية
وَأَدْخِلْ يَدَكَ فِي جَيْبِكَ تَخْرُجْ بَيْضَاءَ مِنْ غَيْرِ سُوءٍ ۖ فِي تِسْعِ
آيَاتٍ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ وَقَوْمِهِ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Waadkhil yadaka fee jaybika takhruj baydaamin ghayri soo-in fee tisAAi ayatin
ilafirAAawna waqawmihi innahum kanoo qawman fasiqeen
Malay
"Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia
putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan
mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya;
sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
|
Ayah 27:13 الأية
فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ آيَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ
Falamma jaat-hum ayatunamubsiratan qaloo hatha sihrun mubeen
Malay
Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firan dan kaumnya
dengan jelas nyata, berkatalah mereka: " ini adalah sihir yang terang nyata!"
|
Ayah 27:14 الأية
وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا ۚ فَانظُرْ
كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ
Wajahadoo biha wastayqanat-haanfusuhum thulman waAAuluwwan fanthurkayfa kana
AAaqibatu almufsideen
Malay
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka
meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang
melakukan kerosakan.
|
Ayah 27:15 الأية
وَلَقَدْ آتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا ۖ وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ
الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ
Walaqad atayna dawoodawasulaymana AAilman waqala alhamdulillahi allathee
faddalana AAalakatheerin min AAibadihi almu/mineen
Malay
Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan ilmu pengetahuan kepada Nabi Daud dan
Nabi Sulaiman; dan mereka berdua bersyukur dengan berkata: "Segala puji tertentu
bagi Allah yang dengan limpah kurniaNya memberi kami kelebihan mengatasi
kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".
|
Ayah 27:16 الأية
وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ ۖ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ
الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ ۖ إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْفَضْلُ
الْمُبِينُ
Wawaritha sulaymanu dawoodawaqala ya ayyuha annasuAAullimna mantiqa attayri
waooteenamin kulli shay-in inna hatha lahuwa alfadlualmubeen
Malay
Dan Nabi Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Nabi Daud; dan
(setelah itu) Nabi Sulaiman berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajar
mengerti bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan serba sedikit dari
tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan); sesungguhnya yang demikian ini adalah
limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".
|
Ayah 27:17 الأية
وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ
يُوزَعُونَ
Wahushira lisulaymanajunooduhu mina aljinni wal-insi wattayrifahum yoozaAAoon
Malay
Dan dihimpunkan bagi Nabi Sulaiman bala tenteranya, dari jin dan manusia serta
burung; lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
|
Ayah 27:18 الأية
حَتَّىٰ إِذَا أَتَوْا عَلَىٰ وَادِ النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا
النَّمْلُ ادْخُلُوا مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ
وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Hatta itha ataw AAalawadi annamli qalat namlatun ya ayyuhaannamlu odkhuloo
masakinakum la yahtimannakumsulaymanu wajunooduhu wahum la yashAAuroon
Malay
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah
seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing,
jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka
tidak menyedari".
|
Ayah 27:19 الأية
فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ
نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ
صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Fatabassama dahikan min qawlihawaqala rabbi awziAAnee an ashkura niAAmataka
allateeanAAamta AAalayya waAAala walidayya waan aAAmala salihantardahu
waadkhilnee birahmatika fee AAibadikaassaliheen
Malay
Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan
berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu
yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap
mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah
rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
|
Ayah 27:20 الأية
وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ
الْغَائِبِينَ
Watafaqqada attayra faqalama liya la ara alhudhuda am kana minaalgha-ibeen
Malay
Dan (setelah itu) Nabi Sulaiman memeriksa kumpulan burung (yang turut serta
dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung belatuk?
Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?
|
Ayah 27:21 الأية
لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي
بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
LaoAAaththibannahu AAathabanshadeedan aw laathbahannahu aw laya/tiyannee
bisultaninmubeen
Malay
"Demi sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya,
atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang
nyata (yang membuktikan sebab-sebab ia tidak hadir)".
|
Ayah 27:22 الأية
فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن
سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
Famakatha ghayra baAAeedin faqala ahattubima lam tuhit bihi waji/tuka min
saba-inbinaba-in yaqeen
Malay
Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata
(kepada Nabi Sulaiman): "Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang
engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba'
dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya.
|
Ayah 27:23 الأية
إِنِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا
عَرْشٌ عَظِيمٌ
Innee wajadtu imraatan tamlikuhum waootiyatmin kulli shay-in walaha AAarshun
AAatheem
Malay
"Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan memerintah mereka dan ia telah
diberikan kepadanya (serba sedikit) dari tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan
ia pula mempunyai singgahsana yang besar.
|
Ayah 27:24 الأية
وَجَدتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِن دُونِ اللهِ وَزَيَّنَ
لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا
يَهْتَدُونَ
Wajadtuha waqawmaha yasjudoonalishshamsi min dooni Allahi wazayyana lahumu
ashshaytanuaAAmalahum fasaddahum AAani assabeeli fahumla yahtadoon
Malay
"Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan
meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada
pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan
(yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk, -
|
Ayah 27:25 الأية
أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ
وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
Alla yasjudoo lillahi allatheeyukhriju alkhabaa fee assamawati
wal-ardiwayaAAlamu ma tukhfoona wama tuAAlinoon
Malay
"(Mereka dihalangi oleh Syaitan) supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang
mengeluarkan benda yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui
apa yang kamu rahsiakan serta apa yang kamu zahirkan.
|
Ayah 27:26 الأية
اللهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ ۩
Allahu la ilaha illahuwa rabbu alAAarshi alAAatheem
Malay
"Allah! - Tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar ".
|
Ayah 27:27 الأية
قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
Qala sananthuru asadaqtaam kunta mina alkathibeen
Malay
Nabi Sulaiman berkata: Kami akan fikirkan dengan sehalus-halusnya, adakah benar
apa yang engkau katakan itu, ataupun engkau dari golongan yang berdusta.
|
Ayah 27:28 الأية
اذْهَب بِّكِتَابِي هَٰذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانظُرْ
مَاذَا يَرْجِعُونَ
Ithhab bikitabee hathafaalqih ilayhim thumma tawalla AAanhum fanthurmatha
yarjiAAoon
Malay
"Pergilah bawa suratku ini, serta campakkanlah kepada mereka, kemudian
berundurlah dari mereka; dalam pada itu perhatikanlah apa tindak balas mereka".
|
Ayah 27:29 الأية
قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ
Qalat ya ayyuha almalaoinnee olqiya ilayya kitabun kareem
Malay
(Setelah membaca surat itu), berkatalah raja perempuan negeri Saba': "Wahai
ketua-ketua kamu! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang
mulia.
|
Ayah 27:30 الأية
إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
Innahu min sulaymana wa-innahu bismiAllahi arrahmani arraheem
Malay
"Sesungguhnya surat itu dari Nabi Sulaiman, dan kandungannya (seperti berikut):
`
|
Ayah 27:31 الأية
أَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Alla taAAloo AAalayya wa/tooneemuslimeen
Malay
" `Bahawa janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku
dengan menyerah diri (beriman dan mematuhi ajaran ugama Allah). ' "
|
Ayah 27:32 الأية
قَالَتْ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنتُ قَاطِعَةً
أَمْرًا حَتَّىٰ تَشْهَدُونِ
Qalat ya ayyuha almalaoaftoonee fee amree ma kuntu qatiAAatan amran
hattatashhadoon
Malay
Raja perempuan itu berkata lagi: "Wahai ketua-ketua kaum, berilah penjelasan
kepadaku mengenai perkara yang aku hadapi ini; aku tidak pernah memutuskan
sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".
|
Ayah 27:33 الأية
قَالُوا نَحْنُ أُولُو قُوَّةٍ وَأُولُو بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ
فَانظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
Qaloo nahnu oloo quwwatinwaoloo ba/sin shadeedin wal-amru ilayki fanthureematha
ta/mureen
Malay
Mereka menjawab: Kita adalah orang-orang yang kuat gagah dan amat berani
merempuh peperangan; dan perkara itu (walau bagaimanapun) terserahlah kepadamu;
oleh itu fikirkanlah apa yang engkau hendak perintahkan.
|
Ayah 27:34 الأية
قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُوا قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُوا
أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً ۖ وَكَذَٰلِكَ يَفْعَلُونَ
Qalat inna almulooka ithadakhaloo qaryatan afsadooha wajaAAaloo aAAizzata
ahlihaathillatan wakathalika yafAAaloon
Malay
Raja perempuan itu berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah
negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia
hina-dina; dan sedemikian itulah mereka akan lakukan.
|
Ayah 27:35 الأية
وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ
الْمُرْسَلُونَ
Wa-innee mursilatun ilayhim bihadiyyatin fanathiratunbima yarjiAAu almursaloon
Malay
"Dan bahawa aku hendak menghantarkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan
menunggu, apakah balasan yang akan dibawa balik oleh utusan-utusan kita"
|
Ayah 27:36 الأية
فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا آتَانِيَ اللهُ
خَيْرٌ مِّمَّا آتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
Falamma jaa sulaymana qalaatumiddoonani bimalin fama ataniyaAllahu khayrun mimma
atakum bal antumbihadiyyatikum tafrahoon
Malay
Maka apabila (utusan pembawa hadiah itu) datang mengadap Nabi Sulaiman,
berkatalah Nabi Sulaiman (kepadanya): "Tidaklah patut kamu memberikan kepadaku
pemberian harta-benda, kerana apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik
dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; (bukan aku yang memandang kepada
pemberian hadiah) bahkan kamulah yang bergembira dengan hanya kekayaan yang
dihadiahkan kepada kamu (atau yang kamu hadiahkan dengan perasaan megah).
|
Ayah 27:37 الأية
ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُم بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا
وَلَنُخْرِجَنَّهُم مِّنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ
IrjiAA ilayhim falana/tiyannahum bijunoodinla qibala lahum biha
walanukhrijannahum minhaathillatan wahum saghiroon
Malay
"Kembalilah kepada mereka, (jika mereka tidak juga mahu beriman) maka demi
sesungguhnya Kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka
tidak terdaya menentangnya, dan kami akan mengeluarkan mereka dari negeri Saba'
dengan keadaan hina, menjadi orang-orang tawanan."
|
Ayah 27:38 الأية
قَالَ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن
يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
Qala ya ayyuha almalaoayyukum ya/teenee biAAarshiha qabla an ya/toonee muslimeen
Malay
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada golongan bijak pandainya): "Wahai
pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku
singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri
memeluk Islam?"
|
Ayah 27:39 الأية
قَالَ عِفْرِيتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن
مَّقَامِكَ ۖ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
Qala AAifreetun mina aljinni anaateeka bihi qabla an taqooma min maqamika
wa-inneAAalayhi laqawiyyun ameen
Malay
Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum
engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk
membawanya, lagi amanah".
|
Ayah 27:40 الأية
قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا آتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن
يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ ۚ فَلَمَّا رَآهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَٰذَا
مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ ۖ وَمَن شَكَرَ
فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
Qala allathee AAindahu AAilmunmina alkitabi ana ateeka bihi qabla anyartadda
ilayka tarfuka falamma raahumustaqirran AAindahu qala hatha min fadlirabbee
liyabluwanee aashkuru am akfuru waman shakara fa-innamayashkuru linafsihi waman
kafara fa-inna rabbee ghaniyyun kareem
Malay
Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: "Aku akan
membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!" Setelah Nabi Sulaiman melihat
singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: "Ini ialah dari limpah
kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan
nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah
syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak
bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku
Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".
|
Ayah 27:41 الأية
قَالَ نَكِّرُوا لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ
لَا يَهْتَدُونَ
Qala nakkiroo laha AAarshahananthur atahtadee am takoonu mina allatheenala
yahtadoon
Malay
Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya): "Ubahkanlah keadaan
singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan
yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan
yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian".
|
Ayah 27:42 الأية
فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَٰكَذَا عَرْشُكِ ۖ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ ۚ
وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ
Falamma jaat qeela ahakathaAAarshuki qalat kaannahu huwa waooteena alAAilmamin
qabliha wakunna muslimeen
Malay
Maka ketika ia datang mengadap, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya: Serupa inikah
singahsanamu?" Ia menjawab: "Boleh jadi inilah dia; dan kami telah diberikan
ilmu pengetahuan sebelum berlakunya (mukjizat) ini, dan kami pula adalah tetap
berserah diri (menjunjung perintah Allah)".
|
Ayah 27:43 الأية
وَصَدَّهَا مَا كَانَت تَّعْبُدُ مِن دُونِ اللهِ ۖ إِنَّهَا كَانَتْ مِن قَوْمٍ
كَافِرِينَ
Wasaddaha ma kanattaAAbudu min dooni Allahi innaha kanat minqawmin kafireen
Malay
Dan ia dihalangi (daripada memeluk Islam pada masa yang lalu): apa yang ia
pernah menyembahnya (dari benda-benda) yang lain dari Allah; sesungguhnya adalah
ia (pada masa itu) dari puak yang kafir.
|
Ayah 27:44 الأية
قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ ۖ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ
عَن سَاقَيْهَا ۚ قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ ۗ قَالَتْ رَبِّ
إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ
الْعَالَمِينَ
Qeela laha odkhulee assarhafalamma raat-hu hasibat-hu lujjatan wakashafat
AAansaqayha qala innahu sarhunmumarradun min qawareera qalat rabbi innee
thalamtunafsee waaslamtu maAAa sulaymana lillahi rabbi alAAalameen
Malay
(Setelah itu) dikatakan kepadanya: "Dipersilakan masuk ke dalam istana ini."
Maka ketika ia melihatnya, disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air,
serta dia pun menyingsingkan pakaian dari dua betisnya. Nabi Sulaiman berkata:
"Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat licin berkilat dari kaca".
(Mendengar yang demikian), Balqis berdoa: "Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menganiaya diri sendiri dan (sekarang aku menegaskan bahawa) aku berserah diri
memeluk Islam bersama-sama Nabi Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam ".
|
Ayah 27:45 الأية
وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا إِلَىٰ ثَمُودَ أَخَاهُمْ صَالِحًا أَنِ اعْبُدُوا اللهَ
فَإِذَا هُمْ فَرِيقَانِ يَخْتَصِمُونَ
Walaqad arsalna ila thamoodaakhahum salihan ani oAAbudoo Allahafa-itha hum
fareeqani yakhtasimoon
Malay
Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutus kepada kaum Thamud, saudara mereka
Nabi Soleh (menyeru mereka dengan berkata): "Sembahlah kamu akan Allah!" Maka
tiba-tiba mereka menjadi dua puak (mukmin dan kafir) yang berbalah.
|
Ayah 27:46 الأية
قَالَ يَا قَوْمِ لِمَ تَسْتَعْجِلُونَ بِالسَّيِّئَةِ قَبْلَ الْحَسَنَةِ ۖ
لَوْلَا تَسْتَغْفِرُونَ اللهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Qala ya qawmi limatastaAAjiloona bissayyi-ati qabla alhasanati
lawlatastaghfiroona Allaha laAAallakum turhamoon
Malay
Nabi Soleh berkata (kepada puak kafir): "Wahai kaumku, mengapa kamu segerakan
kufur ingkar yang mendatangkan keburukan kepada kamu, (tidak) mendahulukan iman
yang mendatangkan kebaikan kepada kamu? Alangkah baiknya kalau kamu memohon
ampun kepada Allah supaya kamu diberi rahmat."
|
Ayah 27:47 الأية
قَالُوا اطَّيَّرْنَا بِكَ وَبِمَن مَّعَكَ ۚ قَالَ طَائِرُكُمْ عِندَ اللهِ ۖ
بَلْ أَنتُمْ قَوْمٌ تُفْتَنُونَ
Qaloo ittayyarna bikawabiman maAAaka qala ta-irukum AAinda Allahibal antum
qawmun tuftanoon
Malay
Mereka menjawab: "Kami merasa nahas dan malang dengan sebabmu, dan juga dengan
sebab pengikut-pengikutmu!" Nabi Soleh berkata: Perkara yang menyebabkan baik
dan malang kamu adalah di sisi Allah (dan Dia lah yang menentukannya, bukannya
aku), sebenarnya kamu adalah kaum yang disesatkan (oleh hawa nafsu)".
|
Ayah 27:48 الأية
وَكَانَ فِي الْمَدِينَةِ تِسْعَةُ رَهْطٍ يُفْسِدُونَ فِي الْأَرْضِ وَلَا
يُصْلِحُونَ
Wakana fee almadeenati tisAAatu rahtinyufsidoona fee al-ardi wala yuslihoon
Malay
Dan di bandar (tempat tinggal kaum Thamud) itu, ada sembilan orang yang
semata-mata melakukan kerosakan di bumi (dengan berbagai-bagai maksiat) dan
tidak melakukan kebaikan sedikitpun.
|
Ayah 27:49 الأية
قَالُوا تَقَاسَمُوا بِاللهِ لَنُبَيِّتَنَّهُ وَأَهْلَهُ ثُمَّ لَنَقُولَنَّ
لِوَلِيِّهِ مَا شَهِدْنَا مَهْلِكَ أَهْلِهِ وَإِنَّا لَصَادِقُونَ
Qaloo taqasamoo billahilanubayyitannahu waahlahu thumma lanaqoolanna liwaliyyihi
mashahidna mahlika ahlihi wa-inna lasadiqoon
Malay
Mereka berkata (sesama sendiri): "Hendaklah kamu masing-masing bersumpah dengan
nama Allah, bahawa sesungguhnya kita akan membunuh Soleh dan
pengikut-pengikutnya secara mengejut pada waktu malam, kemudian kita akan
berkata kepada warisnya: ` Kami tidak hadir (di tempat) pembunuhan (Soleh
apalagi membunuhnya atau membunuh) pengikut-pengikutnya, dan sesungguhnya kami
adalah berkata benar '. "
|
Ayah 27:50 الأية
وَمَكَرُوا مَكْرًا وَمَكَرْنَا مَكْرًا وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
Wamakaroo makran wamakarna makranwahum la yashAAuroon
Malay
Dan (dengan demikian) mereka telah merancangkan rancangan jahat, dan Kami pula
rancangkan balasannya dengan seburuk-buruk balasan, sedang mereka tidak
menyedarinya.
|
Ayah 27:51 الأية
فَانظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ مَكْرِهِمْ أَنَّا دَمَّرْنَاهُمْ وَقَوْمَهُمْ
أَجْمَعِينَ
Fanthur kayfa kanaAAaqibatu makrihim anna dammarnahumwaqawmahum ajmaAAeen
Malay
Maka lihatlah bagaimana akibat rancangan jahat mereka, iaitu Kami telah
hancurkan mereka dan kaum mereka semuanya.
|
Ayah 27:52 الأية
فَتِلْكَ بُيُوتُهُمْ خَاوِيَةً بِمَا ظَلَمُوا ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً
لِّقَوْمٍ يَعْلَمُونَ
Fatilka buyootuhum khawiyatan bimathalamoo inna fee thalika laayatanliqawmin
yaAAlamoon
Malay
Kesudahannya rumah-rumah mereka itu telah runtuh ranap, dengan sebab mereka
berlaku zalim; sesungguhnya kejadian yang demikian mengandungi pelajaran yang
mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mahu mengetahui (akan sebab dan
musababnya).
|
Ayah 27:53 الأية
وَأَنجَيْنَا الَّذِينَ آمَنُوا وَكَانُوا يَتَّقُونَ
Waanjayna allatheena amanoowakanoo yattaqoon
Malay
Dan Kami selamatkan orang-orang yang beriman, serta yang selalu bertaqwa.
|
Ayah 27:54 الأية
وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ وَأَنتُمْ تُبْصِرُونَ
Walootan ith qalaliqawmihi ata/toona alfahishata waantum tubsiroon
Malay
Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan); (ingatlah peristiwanya) ketika ia berkata
kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji sedang kamu nampak
kejinya?
|
Ayah 27:55 الأية
أَئِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِّن دُونِ النِّسَاءِ ۚ بَلْ أَنتُمْ
قَوْمٌ تَجْهَلُونَ
A-innakum lata/toona arrijalashahwatan min dooni annisa-i bal antum
qawmuntajhaloon
Malay
"Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki, bukan perempuan, kerana memuaskan nafsu
syahwat kamu. (Perbuatan kamu itu amatlah keji) bahkan kamu kaum yang jahil
(yang tidak mengetahui akan akibatnya)".
|
Ayah 27:56 الأية
فَمَا كَانَ جَوَابَ قَوْمِهِ إِلَّا أَن قَالُوا أَخْرِجُوا آلَ لُوطٍ مِّن
قَرْيَتِكُمْ ۖ إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ
Fama kana jawabaqawmihi illa an qaloo akhrijoo ala lootinmin qaryatikum innahum
onasun yatatahharoon
Malay
Maka kaumnya tidak menjawab selain dari berkata: usirlah Lut dan
pengikut-pengikutnya dari bandar kamu ini; sesungguhnya mereka adalah
orang-orang yang mendakwakan dirinya bersih suci ".
|
Ayah 27:57 الأية
فَأَنجَيْنَاهُ وَأَهْلَهُ إِلَّا امْرَأَتَهُ قَدَّرْنَاهَا مِنَ الْغَابِرِينَ
Faanjaynahu waahlahu illaimraatahu qaddarnaha mina alghabireen
Malay
Lalu Kami selamatkan Nabi Lut dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya,
kecuali isterinya, Kami takdirkan dia menjadi dari golongan yang tertinggal
dalam azab.
|
Ayah 27:58 الأية
وَأَمْطَرْنَا عَلَيْهِم مَّطَرًا ۖ فَسَاءَ مَطَرُ الْمُنذَرِينَ
Waamtarna AAalayhim mataranfasaa mataru almunthareen
Malay
Dan Kami hujani mereka dengan hujan yang membinasakan, maka amatlah buruknya
hujan azab yang menimpa orang-orang yang telah diberi amaran.
|
Ayah 27:59 الأية
قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسَلَامٌ عَلَىٰ عِبَادِهِ الَّذِينَ اصْطَفَىٰ ۗ آللهُ
خَيْرٌ أَمَّا يُشْرِكُونَ
Quli alhamdu lillahi wasalamunAAala AAibadihi allatheena istafaallahu khayrun
amma yushrikoon
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah dan selamat
sejahtera kepada hamba-hambaNya (Nabi-nabi) yang dipilihNya. Manakah yang lebih
baik? - Allah (yang demikian kekuasaanNya) atau benda-benda yang mereka jadikan
sekutu-sekutu bagiNya?
|
Ayah 27:60 الأية
أَمَّنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَأَنزَلَ لَكُم مِّنَ السَّمَاءِ مَاءً
فَأَنبَتْنَا بِهِ حَدَائِقَ ذَاتَ بَهْجَةٍ مَّا كَانَ لَكُمْ أَن تُنبِتُوا
شَجَرَهَا ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ يَعْدِلُونَ
Amman khalaqa assamawatiwal-arda waanzala lakum mina assama-imaan faanbatna bihi
hada-iqa thatabahjatin ma kana lakum an tunbitoo shajarahaa-ilahun maAAa Allahi
bal hum qawmun yaAAdiloon
Malay
Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari
langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun
(yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa
menumbuhkan pohon-pohonnya. Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah?
(Tidak!) bahkan mereka (yang musyrik itu) adalah kaum yang menyeleweng dari
kebenaran (tauhid).
|
Ayah 27:61 الأية
أَمَّن جَعَلَ الْأَرْضَ قَرَارًا وَجَعَلَ خِلَالَهَا أَنْهَارًا وَجَعَلَ لَهَا
رَوَاسِيَ وَجَعَلَ بَيْنَ الْبَحْرَيْنِ حَاجِزًا ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ
بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْلَمُونَ
Amman jaAAala al-arda qararanwajaAAala khilalaha anharan wajaAAala laharawasiya
wajaAAala bayna albahrayni hajizana-ilahun maAAa Allahi bal aktharuhum
layaAAlamoon
Malay
Atau siapakah yang telah menjadikan bumi tempat penetapan dan telah menjadikan
sungai-sungai di antara bahagian-bahagiannya dan telah menjadikan untuknya
gunung-ganang yang menetapnya; dan juga telah menjadikan di antara dua laut
(yang masin dan yang tawar) sekatan (semula jadi) yang memisahnya? Adakah
sebarang tuhan yang lain bersama-sama Allah? (Tidak!) bahkan kebanyakan mereka
(yang musyrik itu) tidak mengetahui.
|
Ayah 27:62 الأية
أَمَّن يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ
خُلَفَاءَ الْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قَلِيلًا مَّا تَذَكَّرُونَ
Amman yujeebu almudtarra ithadaAAahu wayakshifu assoo-a wayajAAalukum
khulafaaal-ardi a-ilahun maAAa Allahi qaleelan matathakkaroon
Malay
Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila ia berdoa
kepadaNya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti
(umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan
yang lain bersama-sama Allah? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati
(nikmat Allah itu).
|
Ayah 27:63 الأية
أَمَّن يَهْدِيكُمْ فِي ظُلُمَاتِ الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَمَن يُرْسِلُ الرِّيَاحَ
بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ تَعَالَى اللهُ
عَمَّا يُشْرِكُونَ
Amman yahdeekum fee thulumatialbarri walbahri waman yursilu arriyahabushran
bayna yaday rahmatihi a-ilahun maAAa AllahitaAAala Allahu AAamma yushrikoon
Malay
Atau siapakah yang menunjukkan jalan kepada kamu dalam gelap-gelita darat dan
laut, dan yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan
sebelum kedatangan rahmatNya? Adakah sebarang tuhan yang lain bersama-sama
Allah? Maha Tinggilah keadaan Allah dari apa yang mereka sekutukan denganNya.
|
Ayah 27:64 الأية
أَمَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ وَمَن يَرْزُقُكُم مِّنَ السَّمَاءِ
وَالْأَرْضِ ۗ أَإِلَٰهٌ مَّعَ اللهِ ۚ قُلْ هَاتُوا بُرْهَانَكُمْ إِن كُنتُمْ
صَادِقِينَ
Amman yabdao alkhalqa thumma yuAAeeduhuwaman yarzuqukum mina assama-i
wal-ardia-ilahun maAAa Allahi qul hatoo burhanakumin kuntum sadiqeen
Malay
Atau siapakah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian dia
mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya). dan siapakah yang memberi
rezeki kepada kamu dari langit dan bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain
bersama-sama Allah? Katakanlah (wahai Muhammad): "Bawalah kemari
keterangan-keterangan kamu, jika betul kamu orang-orang yang benar ".
|
Ayah 27:65 الأية
قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللهُ ۚ
وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ
Qul la yaAAlamu man fee assamawatiwal-ardi alghayba illa Allahu wamayashAAuroona
ayyana yubAAathoon
Malay
Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara
yang ghaib melainkan Allah!" Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing
akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati).
|
Ayah 27:66 الأية
بَلِ ادَّارَكَ عِلْمُهُمْ فِي الْآخِرَةِ ۚ بَلْ هُمْ فِي شَكٍّ مِّنْهَا ۖ بَلْ
هُم مِّنْهَا عَمُونَ
Bali iddaraka AAilmuhum fee al-akhiratibal hum fee shakkin minha bal hum minha
AAamoon
Malay
Bahkan mereka (yang kafir) telah berkali-kali mengetahui tentang hari akhirat
(tetapi mereka tidak meyakininya), bahkan mereka berada dalam syak mengenainya;
bahkan matahati mereka buta langsung daripada memikirkannya.
|
Ayah 27:67 الأية
وَقَالَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَإِذَا كُنَّا تُرَابًا وَآبَاؤُنَا أَئِنَّا
لَمُخْرَجُونَ
Waqala allatheena kafaroo a-ithakunna turaban waabaona a-innalamukhrajoon
Malay
Dan orang-orang yang kafir berkata: "Adakah sesudah kami menjadi tanah, dan juga
datuk nenek kami, adakah kami semua akan dikeluarkan dari kubur (hidup semula)?
|
Ayah 27:68 الأية
لَقَدْ وُعِدْنَا هَٰذَا نَحْنُ وَآبَاؤُنَا مِن قَبْلُ إِنْ هَٰذَا إِلَّا
أَسَاطِيرُ الْأَوَّلِينَ
Laqad wuAAidna hatha nahnuwaabaona min qablu in hatha illaasateeru al-awwaleen
Malay
"Demi sesungguhnya, kami telah dijanjikan dengan perkara ini, kami dan juga
datuk nenek kami dahulu; ini hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu
kala".
|
Ayah 27:69 الأية
قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُجْرِمِينَ
Qul seeroo fee al-ardi fanthurookayfa kana AAaqibatu almujrimeen
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian
perhatikanlah bagaimana buruknya kesudahan orang-orang yang berdosa itu".
|
Ayah 27:70 الأية
وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُن فِي ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُونَ
Wala tahzan AAalayhim walatakun fee dayqin mimma yamkuroon
Malay
Dan janganlah engkau berdukacita terhadap (keingkaran) mereka (yang kafir itu,)
dan janganlah engkau resah-gelisah disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
|
Ayah 27:71 الأية
وَيَقُولُونَ مَتَىٰ هَٰذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ
Wayaqooloona mata hathaalwaAAdu in kuntum sadiqeen
Malay
Dan mereka bertanya: "Bilakah berlakunya azab yang telah dijanjikan itu, jika
betul kamu orang-orang yang benar?"
|
Ayah 27:72 الأية
قُلْ عَسَىٰ أَن يَكُونَ رَدِفَ لَكُم بَعْضُ الَّذِي تَسْتَعْجِلُونَ
Qul AAasa an yakoona radifa lakumbaAAdu allathee tastaAAjiloon
Malay
Katakanlah (wahai Muhammad): "Dipercayai tidak lama lagi akan datang kepada kamu
sebahagian dari azab yang kamu minta disegerakan itu".
|
Ayah 27:73 الأية
وَإِنَّ رَبَّكَ لَذُو فَضْلٍ عَلَى النَّاسِ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَهُمْ لَا
يَشْكُرُونَ
Wa-inna rabbaka lathoo fadlinAAala annasi walakinna aktharahum layashkuroon
Malay
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) sentiasa melimpah-ruah kurniaNya
kepada umat manusia seluruhnya tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.
|
Ayah 27:74 الأية
وَإِنَّ رَبَّكَ لَيَعْلَمُ مَا تُكِنُّ صُدُورُهُمْ وَمَا يُعْلِنُونَ
Wa-inna rabbaka layaAAlamu ma tukinnusudooruhum wama yuAAlinoon
Malay
Dan sesungguhnya Tuhanmu sedia mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka
dan apa yang mereka nyatakan (dengan tutur kata dan perbuatan).
|
Ayah 27:75 الأية
وَمَا مِنْ غَائِبَةٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِلَّا فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ
Wama min gha-ibatin fee assama-iwal-ardi illa fee kitabin mubeen
Malay
Dan tiada sesuatu perkara yang ghaib di langit dan di bumi, melainkan tertulis
dalam Kitab yang terang nyata.
|
Ayah 27:76 الأية
إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَقُصُّ عَلَىٰ بَنِي إِسْرَائِيلَ أَكْثَرَ الَّذِي هُمْ
فِيهِ يَخْتَلِفُونَ
Inna hatha alqur-ana yaqussuAAala banee isra-eela akthara allathee humfeehi
yakhtalifoon
Malay
Sesungguhnya Al-Quran ini menceritakan kepada Bani lsrail (perkara yang
sebenar-benarnya) mengenai kebanyakan (hal-hal ugama) yang mereka berselisihan
padanya.
|
Ayah 27:77 الأية
وَإِنَّهُ لَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Wa-innahu lahudan warahmatunlilmu/mineen
Malay
Dan sesungguhnya Al-Quran itu menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.
|
Ayah 27:78 الأية
إِنَّ رَبَّكَ يَقْضِي بَيْنَهُم بِحُكْمِهِ ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْعَلِيمُ
Inna rabbaka yaqdee baynahum bihukmihiwahuwa alAAazeezu alAAaleem
Malay
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) akan memutuskan di antara mereka dengan
hukumNya, dan Dia lah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
|
Ayah 27:79 الأية
فَتَوَكَّلْ عَلَى اللهِ ۖ إِنَّكَ عَلَى الْحَقِّ الْمُبِينِ
Fatawakkal AAala Allahi innakaAAala alhaqqi almubeen
Malay
Oleh itu, berserahlah kepada Allah, sesungguhnya engkau berada di atas kebenaran
yang jelas nyata.
|
Ayah 27:80 الأية
إِنَّكَ لَا تُسْمِعُ الْمَوْتَىٰ وَلَا تُسْمِعُ الصُّمَّ الدُّعَاءَ إِذَا
وَلَّوْا مُدْبِرِينَ
Innaka la tusmiAAu almawta walatusmiAAu assumma adduAAaa ithawallaw mudbireen
Malay
Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu
menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu
mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan
keingkarannya).
|
Ayah 27:81 الأية
وَمَا أَنتَ بِهَادِي الْعُمْيِ عَن ضَلَالَتِهِمْ ۖ إِن تُسْمِعُ إِلَّا مَن
يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا فَهُم مُّسْلِمُونَ
Wama anta bihadee alAAumyiAAan dalalatihim in tusmiAAu illa manyu/minu
bi-ayatina fahum muslimoon
Malay
Dan engkau tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta supaya
menjauhi kesesatan mereka; engkau tidak dapat memperdengarkan (seruanmu itu)
melainkan kepada orang-orang yang sanggup beriman akan ayat-ayat keterangan
Kami, kerana mereka orang-orang yang berserah diri dengan ikhlas.
|
Ayah 27:82 الأية
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ
تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ
Wa-itha waqaAAa alqawlu AAalayhimakhrajna lahum dabbatan mina
al-arditukallimuhum anna annasa kanoo bi-ayatinala yooqinoon
Malay
Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk
mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa
manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami.
|
Ayah 27:83 الأية
وَيَوْمَ نَحْشُرُ مِن كُلِّ أُمَّةٍ فَوْجًا مِّمَّن يُكَذِّبُ بِآيَاتِنَا فَهُمْ
يُوزَعُونَ
Wayawma nahshuru min kulli ommatinfawjan mimman yukaththibu bi-ayatinafahum
yoozaAAoon
Malay
Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar
orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta
diatur keadaan dan perjalanan masing-masing.
|
Ayah 27:84 الأية
حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوا قَالَ أَكَذَّبْتُم بِآيَاتِي وَلَمْ تُحِيطُوا بِهَا
عِلْمًا أَمَّاذَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Hatta itha jaooqala akaththabtum bi-ayatee walam tuheetoobiha AAilman ammatha
kuntum taAAmaloon
Malay
Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman:
"Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keteranganKu dengan tidak lebih dahulu kamu
mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?"
|
Ayah 27:85 الأية
وَوَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِم بِمَا ظَلَمُوا فَهُمْ لَا يَنطِقُونَ
WawaqaAAa alqawlu AAalayhim bima thalamoofahum la yantiqoon
Malay
Dan jatuhlah hukuman atas mereka (dengan azab) disebabkan kezaliman mereka
(berlaku kufur ingkar), lalu mereka diam membisu.
|
Ayah 27:86 الأية
أَلَمْ يَرَوْا أَنَّا جَعَلْنَا اللَّيْلَ لِيَسْكُنُوا فِيهِ وَالنَّهَارَ
مُبْصِرًا ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِّقَوْمٍ يُؤْمِنُونَ
Alam yaraw anna jaAAalnaallayla liyaskunoo feehi wannahara mubsiraninna fee
thalika laayatin liqawmin yu/minoon
Malay
Tidakkah mereka memerhatikan bahawa Kami telah menjadikan malam untuk mereka
berehat padanya, dan menjadikan siang terang-benderang? Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.
|
Ayah 27:87 الأية
وَيَوْمَ يُنفَخُ فِي الصُّورِ فَفَزِعَ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَمَن فِي الْأَرْضِ
إِلَّا مَن شَاءَ اللهُ ۚ وَكُلٌّ أَتَوْهُ دَاخِرِينَ
Wayawma yunfakhu fee assoorifafaziAAa man fee assamawati waman feeal-ardi illa
man shaa Allahu wakullunatawhu dakhireen
Malay
Dan (ingatkanlah) hari di tiup sangkakala, lalu terkejutlah - gerun gementar -
makhluk-makhluk yang ada di langit dan yang ada di bumi, kecuali mereka yang
dikekhendaki Allah; dan kesemuanya akan datang kepadaNya dengan keadaan tunduk
patuh.
|
Ayah 27:88 الأية
وَتَرَى الْجِبَالَ تَحْسَبُهَا جَامِدَةً وَهِيَ تَمُرُّ مَرَّ السَّحَابِ ۚ
صُنْعَ اللهِ الَّذِي أَتْقَنَ كُلَّ شَيْءٍ ۚ إِنَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَفْعَلُونَ
Watara aljibala tahsabuhajamidatan wahiya tamurru marra assahabi sunAAaAllahi
allathee atqana kulla shay-in innahukhabeerun bima tafAAaloon
Malay
Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia
bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang
telah membuat tiap - tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya;
sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.
|
Ayah 27:89 الأية
مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ خَيْرٌ مِّنْهَا وَهُم مِّن فَزَعٍ يَوْمَئِذٍ
آمِنُونَ
Man jaa bilhasanatifalahu khayrun minha wahum min fazaAAin yawma-ithinaminoon
Malay
Sesiapa yang datang membawa amal kebajikan (yang telah dikerjakannya) maka ia
akan beroleh balasan yang lebih baik daripadanya, dan mereka akan beroleh aman
sentosa daripada kejadian-kejadian yang mengerikan pada hari kiamat itu.
|
Ayah 27:90 الأية
وَمَن جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَكُبَّتْ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ هَلْ تُجْزَوْنَ
إِلَّا مَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Waman jaa bissayyi-atifakubbat wujoohuhum fee annari hal tujzawna illama kuntum
taAAmaloon
Malay
Dan sesiapa yang datang membawa amal jahat (yang telah dikerjakannya) maka sudah
tentu mereka akan ditumuskan mukanya ke dalam api neraka, (sambil dikatakan
kepada mereka): "Kamu tidak diberi melainkan balasan apa yang kamu telah
lakukan".
|
Ayah 27:91 الأية
إِنَّمَا أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ رَبَّ هَٰذِهِ الْبَلْدَةِ الَّذِي حَرَّمَهَا
وَلَهُ كُلُّ شَيْءٍ ۖ وَأُمِرْتُ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْمُسْلِمِينَ
Innama omirtu an aAAbuda rabba hathihialbaldati allathee harramaha walahu
kullushay-in waomirtu an akoona mina almuslimeen
Malay
(Katakanlah wahai Muhammad):" Aku hanyalah diperintahkan supaya menyembah Allah
Tuhan negeri (Makkah) ini yang telah menjadikannya suci lagi dihormati dan yang
menguasai segala-galanya; dan aku diperintahkan supaya tetap menjadi dari
orang-orang Islam (yang menyerah diri bulat-bulat kepadaNya), -
|
Ayah 27:92 الأية
وَأَنْ أَتْلُوَ الْقُرْآنَ ۖ فَمَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ
وَمَن ضَلَّ فَقُلْ إِنَّمَا أَنَا مِنَ الْمُنذِرِينَ
Waan atluwa alqur-ana famani ihtadafa-innama yahtadee linafsihi waman dalla
faqulinnama ana mina almunthireen
Malay
"Dan supaya aku sentiasa membaca Al-Quran". Oleh itu, sesiapa yang menurut
petunjuk (Al-Quran dan beramal dengannya) maka faedah perbuatannya itu akan
terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat, maka katakanlah
kepadanya: "Sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi amaran".
|
Ayah 27:93 الأية
وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا ۚ وَمَا رَبُّكَ
بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
Waquli alhamdu lillahisayureekum ayatihi fataAArifoonaha wamarabbuka bighafilin
AAamma taAAmaloon
Malay
Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Segala puji tertentu bagi Allah (yang
melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Ia akan memperlihatkan
kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan
jelas nyata)"; dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|