1st Ayah 1 الأية ١الأوليبِسْم ِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَٰنُ
Arrahman
Malay
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
|
Ayah 55:2 الأية
عَلَّمَ الْقُرْآنَ
AAallama alqur-an
Malay
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
|
Ayah 55:3 الأية
خَلَقَ الْإِنسَانَ
Khalaqa al-insan
Malay
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
|
Ayah 55:4 الأية
عَلَّمَهُ الْبَيَانَ
AAallamahu albayan
Malay
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima
kenyataan.
|
Ayah 55:5 الأية
الشَّمْسُ وَالْقَمَرُ بِحُسْبَانٍ
Ashshamsu walqamaru bihusban
Malay
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
|
Ayah 55:6 الأية
وَالنَّجْمُ وَالشَّجَرُ يَسْجُدَانِ
Wannajmu washshajaru yasjudan
Malay
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing
tunduk menurut peraturanNya.
|
Ayah 55:7 الأية
وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ
Wassamaa rafaAAahawawadaAAa almeezan
Malay
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan
peraturan neraca keadilan,
|
Ayah 55:8 الأية
أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ
Alla tatghaw fee almeezan
Malay
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
|
Ayah 55:9 الأية
وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ
Waaqeemoo alwazna bilqisti walatukhsiroo almeezan
Malay
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi
barang yang ditimbang.
|
Ayah 55:10 الأية
وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ
Wal-arda wadaAAahalil-anam
Malay
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya
yang lain:
|
Ayah 55:11 الأية
فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ
Feeha fakihatun wannakhluthatu al-akmam
Malay
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada
kelopak-kelopak mayang;
|
Ayah 55:12 الأية
وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ
Walhabbu thoo alAAasfiwarrayhan
Malay
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi
bunga-bungaan yang harum;
|
Ayah 55:13 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
|
Ayah 55:14 الأية
خَلَقَ الْإِنسَانَ مِن صَلْصَالٍ كَالْفَخَّارِ
Khalaqa al-insana min salsalinkalfakhkhar
Malay
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
|
Ayah 55:15 الأية
وَخَلَقَ الْجَانَّ مِن مَّارِجٍ مِّن نَّارٍ
Wakhalaqa aljanna min marijinmin nar
Malay
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
|
Ayah 55:16 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:17 الأية
رَبُّ الْمَشْرِقَيْنِ وَرَبُّ الْمَغْرِبَيْنِ
Rabbu almashriqayni warabbu almaghribayn
Malay
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua
barat.
|
Ayah 55:18 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:19 الأية
مَرَجَ الْبَحْرَيْنِ يَلْتَقِيَانِ
Maraja albahrayni yaltaqiyan
Malay
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya
pula bertemu;
|
Ayah 55:20 الأية
بَيْنَهُمَا بَرْزَخٌ لَّا يَبْغِيَانِ
Baynahuma barzakhun la yabghiyan
Malay
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak
melampaui sempadannya;
|
Ayah 55:21 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:22 الأية
يَخْرُجُ مِنْهُمَا اللُّؤْلُؤُ وَالْمَرْجَانُ
Yakhruju minhuma allu/luo walmarjan
Malay
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
|
Ayah 55:23 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththibani
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:24 الأية
وَلَهُ الْجَوَارِ الْمُنشَآتُ فِي الْبَحْرِ كَالْأَعْلَامِ
Walahu aljawari almunshaatufee albahri kal-aAAlam
Malay
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi
layarnya seperti gunung-ganang;
|
Ayah 55:25 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:26 الأية
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ
Kullu man AAalayha fan
Malay
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
|
Ayah 55:27 الأية
وَيَبْقَىٰ وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Wayabqa wajhu rabbika thooaljalali wal-ikram
Malay
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
|
Ayah 55:28 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:29 الأية
يَسْأَلُهُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ كُلَّ يَوْمٍ هُوَ فِي شَأْنٍ
Yas-aluhu man fee assamawatiwal-ardi kulla yawmin huwa fee sha/n
Malay
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon
kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan
makhluk-makhlukNya)!
|
Ayah 55:30 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan)?
|
Ayah 55:31 الأية
سَنَفْرُغُ لَكُمْ أَيُّهَ الثَّقَلَانِ
Sanafrughu lakum ayyuha aththaqalan
Malay
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari
kiamat,) wahai manusia dan jin!
|
Ayah 55:32 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:33 الأية
يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ
السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ
Ya maAAshara aljinni wal-insiini istataAAtum an tanfuthoo min aqtari
assamawatiwal-ardi fanfuthoo la tanfuthoonailla bisultan
Malay
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari
kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan
Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar
melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
|
Ayah 55:34 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:35 الأية
يُرْسَلُ عَلَيْكُمَا شُوَاظٌ مِّن نَّارٍ وَنُحَاسٌ فَلَا تَنتَصِرَانِ
Yursalu AAalaykuma shuwathunmin narin wanuhasun fala tantasiran
Malay
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan
ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang
membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari
azab seksa itu);
|
Ayah 55:36 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:37 الأية
فَإِذَا انشَقَّتِ السَّمَاءُ فَكَانَتْ وَرْدَةً كَالدِّهَانِ
Fa-itha inshaqqati assamaofakanat wardatan kaddihan
Malay
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah
mawar, berkilat seperti minyak;
|
Ayah 55:38 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:39 الأية
فَيَوْمَئِذٍ لَّا يُسْأَلُ عَن ذَنبِهِ إِنسٌ وَلَا جَانٌّ
Fayawma-ithin la yus-alu AAan thanbihiinsun wala jan
Malay
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya
tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
|
Ayah 55:40 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:41 الأية
يُعْرَفُ الْمُجْرِمُونَ بِسِيمَاهُمْ فَيُؤْخَذُ بِالنَّوَاصِي وَالْأَقْدَامِ
YuAArafu almujrimoona biseemahumfayu/khathu binnawasee wal-aqdam
Malay
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari
atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
|
Ayah 55:42 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:43 الأية
هَٰذِهِ جَهَنَّمُ الَّتِي يُكَذِّبُ بِهَا الْمُجْرِمُونَ
Hathihi jahannamu allatee yukaththibubiha almujrimoon
Malay
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang
yang berdosa mendustakannya ".
|
Ayah 55:44 الأية
يَطُوفُونَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ حَمِيمٍ آنٍ
Yatoofoona baynaha wabayna hameeminan
Malay
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang
menggelegak yang cukup masak panasnya!
|
Ayah 55:45 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:46 الأية
وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ
Waliman khafa maqama rabbihijannatan
Malay
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung
amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
|
Ayah 55:47 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:48 الأية
ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
Thawata afnan
Malay
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
|
Ayah 55:49 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:50 الأية
فِيهِمَا عَيْنَانِ تَجْرِيَانِ
Feehima AAaynani tajriyan
Malay
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
|
Ayah 55:51 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan.
|
Ayah 55:52 الأية
فِيهِمَا مِن كُلِّ فَاكِهَةٍ زَوْجَانِ
Feehima min kulli fakihatinzawjan
Malay
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang
biasa dan yang luar biasa).
|
Ayah 55:53 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:54 الأية
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ فُرُشٍ بَطَائِنُهَا مِنْ إِسْتَبْرَقٍ ۚ وَجَنَى
الْجَنَّتَيْنِ دَانٍ
Muttaki-eena AAala furushin bata-inuhamin istabraqin wajana aljannatayni dan
Malay
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan)
berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya -
dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat
(kepada mereka) untuk dipetik.
|
Ayah 55:55 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:56 الأية
فِيهِنَّ قَاصِرَاتُ الطَّرْفِ لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Feehinna qasiratu attarfilam yatmithhunna insun qablahum wala jan
Malay
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu
(kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh
manusia dan jin;
|
Ayah 55:57 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:58 الأية
كَأَنَّهُنَّ الْيَاقُوتُ وَالْمَرْجَانُ
Kaannahunna alyaqootu walmarjan
Malay
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
|
Ayah 55:59 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:60 الأية
هَلْ جَزَاءُ الْإِحْسَانِ إِلَّا الْإِحْسَانُ
Hal jazao al-ihsani illaal-ihsan
Malay
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik
juga?
|
Ayah 55:61 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:62 الأية
وَمِن دُونِهِمَا جَنَّتَانِ
Wamin doonihima jannatan
Malay
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi
golongan peringkat yang kedua);
|
Ayah 55:63 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:64 الأية
مُدْهَامَّتَانِ
Mudhammatan
Malay
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
|
Ayah 55:65 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:66 الأية
فِيهِمَا عَيْنَانِ نَضَّاخَتَانِ
Feehima AAaynani naddakhatan
Malay
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan
airnya:
|
Ayah 55:67 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:68 الأية
فِيهِمَا فَاكِهَةٌ وَنَخْلٌ وَرُمَّانٌ
Feehima fakihatun wanakhlunwarumman
Malay
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
|
Ayah 55:69 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:70 الأية
فِيهِنَّ خَيْرَاتٌ حِسَانٌ
Feehinna khayratun hisan
Malay
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi
cantik parasnya;
|
Ayah 55:71 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:72 الأية
حُورٌ مَّقْصُورَاتٌ فِي الْخِيَامِ
Hoorun maqsooratun feealkhiyam
Malay
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal
masing-masing;
|
Ayah 55:73 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:74 الأية
لَمْ يَطْمِثْهُنَّ إِنسٌ قَبْلَهُمْ وَلَا جَانٌّ
Lam yatmithhunna insun qablahum walajan
Malay
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan
tidak juga oleh jin;
|
Ayah 55:75 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:76 الأية
مُتَّكِئِينَ عَلَىٰ رَفْرَفٍ خُضْرٍ وَعَبْقَرِيٍّ حِسَانٍ
Muttaki-eena AAala rafrafin khudrinwaAAabqariyyin hisan
Malay
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas
(bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani
yang sangat indah.
|
Ayah 55:77 الأية
فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Fabi-ayyi ala-i rabbikumatukaththiban
Malay
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak
dustakan?
|
Ayah 55:78 الأية
تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
Tabaraka ismu rabbika theealjalali wal-ikram
Malay
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|