1st Ayah 1 الأية ١الأوليبِسْم ِ اللهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
إِذَا السَّمَاءُ انفَطَرَتْ
Itha assamao infatarat
Malay
Apabila langit terbelah;
|
Ayah 82:2 الأية
وَإِذَا الْكَوَاكِبُ انتَثَرَتْ
Wa-itha alkawakibu intatharat
Malay
Dan apabila bintang-bintang gugur bertaburan;
|
Ayah 82:3 الأية
وَإِذَا الْبِحَارُ فُجِّرَتْ
Wa-itha albiharu fujjirat
Malay
Dan apabila lautan pecah bercampur-baur;
|
Ayah 82:4 الأية
وَإِذَا الْقُبُورُ بُعْثِرَتْ
Wa-itha alqubooru buAAthirat
Malay
Dan apabila kubur-kubur dibongkarkan, -
|
Ayah 82:5 الأية
عَلِمَتْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ وَأَخَّرَتْ
AAalimat nafsun ma qaddamatwaakhkharat
Malay
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui apa yang telah
dikerjakan dan ditinggalkannya.
|
Ayah 82:6 الأية
يَا أَيُّهَا الْإِنسَانُ مَا غَرَّكَ بِرَبِّكَ الْكَرِيمِ
Ya ayyuha al-insanu magharraka birabbika alkareem
Malay
Wahai manusia! Apakah yang memperdayakanmu - (berlaku derhaka) kepada Tuhanmu
yang Maha Pemurah? -
|
Ayah 82:7 الأية
الَّذِي خَلَقَكَ فَسَوَّاكَ فَعَدَلَكَ
Allathee khalaqaka fasawwakafaAAadalak
Malay
Tuhan yang telah mencipta dan mengatur kejadianmu, lalu menjadikan anggotamu
sesuai (dengan tujuan yang kerananya anggota itu diadakan), serta menjadikan
(binaan tubuh badanmu) sama padan dengan kekuatannya;
|
Ayah 82:8 الأية
فِي أَيِّ صُورَةٍ مَّا شَاءَ رَكَّبَكَ
Fee ayyi sooratin ma shaarakkabak
Malay
Dalam bentuk dan rupa apa sahaja yang dikehendakiNya, Ia menyusun kejadianmu.
|
Ayah 82:9 الأية
كَلَّا بَلْ تُكَذِّبُونَ بِالدِّينِ
Kalla bal tukaththiboona biddeen
Malay
Sebenarnya tidak ada yang memperdayakan kamu (hai golongan yang ingkar)! Bahkan
kamu sendiri tidak percayakan adanya hari pembalasan.
|
Ayah 82:10 الأية
وَإِنَّ عَلَيْكُمْ لَحَافِظِينَ
Wa-inna AAalaykum lahafitheen
Malay
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala
bawaan kamu,
|
Ayah 82:11 الأية
كِرَامًا كَاتِبِينَ
Kiraman katibeen
Malay
(Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis
(amal-amal kamu);
|
Ayah 82:12 الأية
يَعْلَمُونَ مَا تَفْعَلُونَ
YaAAlamoona ma tafAAaloon
Malay
Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
|
Ayah 82:13 الأية
إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ
Inna al-abrara lafee naAAeem
Malay
(Gunanya catitan malaikat-malaikat itu ialah: untuk menyatakan siapa yang
berbakti dan siapa yang bersalah) - kerana sesungguhnya: orang-orang yang
berbakti (dengan taat dan amal kebajikan), tetap berada dalam Syurga yang penuh
nikmat;
|
Ayah 82:14 الأية
وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ
Wa-inna alfujjara lafee jaheem
Malay
Dan sesungguhnya orang-orang yang bersalah, bertempat dalam neraka yang
menjulang-julang.
|
Ayah 82:15 الأية
يَصْلَوْنَهَا يَوْمَ الدِّينِ
Yaslawnaha yawma addeen
Malay
Mereka menderita bakaran neraka itu pada hari pembalasan,
|
Ayah 82:16 الأية
وَمَا هُمْ عَنْهَا بِغَائِبِينَ
Wama hum AAanha bigha-ibeen
Malay
Dan mereka (sentiasa berada dalam azab seksanya), tidak ghaib daripadanya.
|
Ayah 82:17 الأية
وَمَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ
Wama adraka ma yawmu addeeni
Malay
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan itu?
|
Ayah 82:18 الأية
ثُمَّ مَا أَدْرَاكَ مَا يَوْمُ الدِّينِ
Thumma ma adraka mayawmu addeen
Malay
Sekali lagi, apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari pembalasan
itu?
|
Ayah 82:19 الأية
يَوْمَ لَا تَمْلِكُ نَفْسٌ لِّنَفْسٍ شَيْئًا ۖ وَالْأَمْرُ يَوْمَئِذٍ لِّلَّهِ
Yawma la tamliku nafsun linafsinshay-an wal-amru yawma-ithin lillah
Malay
(Hari itu ialah) hari seseorang tidak dapat memberikan pertolongan sedikitpun
kepada orang lain, dan segala urusan pada hari itu tertentu bagi Allah.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|