First Ayah 1 الأية الأوليبِسْم ِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
وَالذَّارِيَاتِ ذَرْوًا
Malay
Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih, dan
lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya, -
|
Ayah 51:2 الأية
فَالْحَامِلَاتِ وِقْرًا
Malay
Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki), -
|
Ayah 51:3 الأية
فَالْجَارِيَاتِ يُسْرًا
Malay
Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya, -
|
Ayah 51:4 الأية
فَالْمُقَسِّمَاتِ أَمْرًا
Malay
Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka
ditugaskan membahagikannya;
|
Ayah 51:5 الأية
إِنَّمَا تُوعَدُونَ لَصَادِقٌ
Malay
(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu
(mengenai hari akhirat) tetap benar;
|
Ayah 51:6 الأية
وَإِنَّ الدِّينَ لَوَاقِعٌ
Malay
Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.
|
Ayah 51:7 الأية
وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْحُبُكِ
Malay
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,
|
Ayah 51:8 الأية
إِنَّكُمْ لَفِي قَوْلٍ مُّخْتَلِفٍ
Malay
Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai ugama yang
dibawa oleh Nabi Muhammad, s.a.w).
|
Ayah 51:9 الأية
يُؤْفَكُ عَنْهُ مَنْ أُفِكَ
Malay
Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah
(dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).
|
Ayah 51:10 الأية
قُتِلَ الْخَرَّاصُونَ
Malay
Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak
sahaja,
|
Ayah 51:11 الأية
الَّذِينَ هُمْ فِي غَمْرَةٍ سَاهُونَ
Malay
(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari
pembalasan).
|
Ayah 51:12 الأية
يَسْأَلُونَ أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ
Malay
Mereka bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari pembalasan itu?"
|
Ayah 51:13 الأية
يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ
Malay
(Jawabnya: hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api neraka,
-
|
Ayah 51:14 الأية
ذُوقُوا فِتْنَتَكُمْ هَٰذَا الَّذِي كُنتُم بِهِ تَسْتَعْجِلُونَ
Malay
(Sambil dikatakan kepada mereka): "Rasalah azab seksa yang disediakan untuk
kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya".
|
Ayah 51:15 الأية
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ
Malay
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa
taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
|
Ayah 51:16 الأية
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
Malay
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan
kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah
orang-orang yang berbuat kebaikan.
|
Ayah 51:17 الأية
كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
Malay
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka
tidur.
|
Ayah 51:18 الأية
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ
Malay
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar
kepada Allah (memohon ampun).
|
Ayah 51:19 الأية
وَفِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ لِّلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Malay
Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi)
hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada
meminta).
|
Ayah 51:20 الأية
وَفِي الْأَرْضِ آيَاتٌ لِّلْمُوقِنِينَ
Malay
Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah)
bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,
|
Ayah 51:21 الأية
وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Malay
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta
memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
|
Ayah 51:22 الأية
وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ
Malay
Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa
yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu.
|
Ayah 51:23 الأية
فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِّثْلَ مَا أَنَّكُمْ
تَنطِقُونَ
Malay
Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap
benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan)
benarnya kamu dapat berkata-kata.
|
Ayah 51:24 الأية
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ
Malay
Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang
dimuliakan?
|
Ayah 51:25 الأية
إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا ۖ قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُّنكَرُونَ
Malay
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam
sejahtera kepadamu!" Ia menjawab: Salam sejahtera kepada kamu! "(Sambil berkata
dalam hati): mereka ini orang-orang yang tidak dikenal.
|
Ayah 51:26 الأية
فَرَاغَ إِلَىٰ أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ
Malay
Kemudian ia masuk mendapatkan Ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak
lembu gemuk (yang dipanggang).
|
Ayah 51:27 الأية
فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ
Malay
Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: "Silalah makan".
|
Ayah 51:28 الأية
فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً ۖ قَالُوا لَا تَخَفْ ۖ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ
عَلِيمٍ
Malay
(Setelah dilihatnya mereka mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa
takut dari keadaan mereka. (Melihat kecemasannya), mereka berkata: "Janganlah
engkau takut (wahai Ibrahim)". Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya,
bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan.
|
Ayah 51:29 الأية
فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ
عَقِيمٌ
Malay
(Mendengarkan berita yang mengembirakan itu), maka datanglah isterinya sambil
menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: "Aku sudah tua, lagi
mandul, (bagaimana aku boleh mendapat anak)?"
|
Ayah 51:30 الأية
قَالُوا كَذَٰلِكِ قَالَ رَبُّكِ ۖ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ
Malay
Mereka berkata: "Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanya menyampaikan
sahaja); Sesungguhnya Dia lah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui".
|
Ayah 51:31 الأية
قَالَ فَمَا خَطْبُكُمْ أَيُّهَا الْمُرْسَلُونَ
Malay
Nabi Ibrahim bertanya: "(Selain dari itu) apa lagi tugas penting kamu wahai
utusan Tuhan?"
|
Ayah 51:32 الأية
قَالُوا إِنَّا أُرْسِلْنَا إِلَىٰ قَوْمٍ مُّجْرِمِينَ
Malay
Mereka menjawab: "Sesungguhnya Kami diutus kepada suatu kaum yang berdosa (untuk
membinasakan mereka);
|
Ayah 51:33 الأية
لِنُرْسِلَ عَلَيْهِمْ حِجَارَةً مِّن طِينٍ
Malay
"Supaya Kami menimpakan mereka dengan batu-batu dari tanah (yang dibakar),
|
Ayah 51:34 الأية
مُّسَوَّمَةً عِندَ رَبِّكَ لِلْمُسْرِفِينَ
Malay
"Batu-batu itu ditandakan di sisi Tuhanmu, untuk membinasakan orang-orang yang
melampaui batas (dalam keingkarannya)".
|
Ayah 51:35 الأية
فَأَخْرَجْنَا مَن كَانَ فِيهَا مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Malay
(Setelah sampai utusan Kami ke tempat itu), Kami (perintahkan mereka)
mengeluarkan orang-orang yang beriman yang tinggal di situ.
|
Ayah 51:36 الأية
فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ الْمُسْلِمِينَ
Malay
(Sesudah dipereksa) maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah
rumah sahaja yang ada penduduknya dari orang-orang Islam (yang beriman kepada
Nabi Lut).
|
Ayah 51:37 الأية
وَتَرَكْنَا فِيهَا آيَةً لِّلَّذِينَ يَخَافُونَ الْعَذَابَ الْأَلِيمَ
Malay
Dan Kami tinggalkan di negeri itu (timbunan batu-batu yang telah menghujani dan
membinasakan mereka), sebagai tanda (yang mendatangkan keinsafan) bagi
orang-orang yang sedia takut kepada azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
|
Ayah 51:38 الأية
وَفِي مُوسَىٰ إِذْ أَرْسَلْنَاهُ إِلَىٰ فِرْعَوْنَ بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
Malay
Dan juga pada (kisah) Nabi Musa (terdapat dalil-dalil yang memberi keinsafan), -
ketika kami mengutusnya kepada Firaun dengan membawa mukjizat yang nyata.
|
Ayah 51:39 الأية
فَتَوَلَّىٰ بِرُكْنِهِ وَقَالَ سَاحِرٌ أَوْ مَجْنُونٌ
Malay
Maka Firaun berpaling ingkar dengan berdasarkan kekuasaannya sambil berkata:
"(Musa itu) adalah seorang ahli sihir, atau seorang gila!"
|
Ayah 51:40 الأية
فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ وَهُوَ مُلِيمٌ
Malay
Lalu Kami (adakan jalan) mengambil Firaun bersama-sama tenteranya, kemudian Kami
humbankan mereka ke dalam laut, sedang ia berkeadaan tercela.
|
Ayah 51:41 الأية
وَفِي عَادٍ إِذْ أَرْسَلْنَا عَلَيْهِمُ الرِّيحَ الْعَقِيمَ
Malay
Dan juga pada (kisah) kaum Aad (terdapat perkara-perkara yang menjadi iktibar),
- ketika kami hantarkan kepada mereka angin ribut yang tidak mengandungi
sebarang kebaikan; -
|
Ayah 51:42 الأية
مَا تَذَرُ مِن شَيْءٍ أَتَتْ عَلَيْهِ إِلَّا جَعَلَتْهُ كَالرَّمِيمِ
Malay
Angin itu tidak meninggalkan sesuatupun yang dirempuhnya, melainkan
menjadikannya (hancur) seperti debu.
|
Ayah 51:43 الأية
وَفِي ثَمُودَ إِذْ قِيلَ لَهُمْ تَمَتَّعُوا حَتَّىٰ حِينٍ
Malay
Dan juga pada (kisah) kaum Thamud (terdapat perkara-perkara yang menjadi
pelajaran) - ketika dikatakan kepada mereka: "Bersenang-senanglah kamu hingga ke
suatu waktu (yang termaklum)!"
|
Ayah 51:44 الأية
فَعَتَوْا عَنْ أَمْرِ رَبِّهِمْ فَأَخَذَتْهُمُ الصَّاعِقَةُ وَهُمْ يَنظُرُونَ
Malay
Maka mereka membesarkan diri terhadap perintah Tuhannya, lalu mereka disambar
petir (dengan tidak dapat melarikan diri), sedang mereka melihatnya.
|
Ayah 51:45 الأية
فَمَا اسْتَطَاعُوا مِن قِيَامٍ وَمَا كَانُوا مُنتَصِرِينَ
Malay
Dengan yang demikian, mereka tidak dapat bangun lagi, dan mereka juga tidak
mendapat pertolongan.
|
Ayah 51:46 الأية
وَقَوْمَ نُوحٍ مِّن قَبْلُ ۖ إِنَّهُمْ كَانُوا قَوْمًا فَاسِقِينَ
Malay
Dan kaum Nuh (Kami juga telah binasakan) sebelum itu; sesungguhnya mereka adalah
kaum yang fasik - derhaka.
|
Ayah 51:47 الأية
وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا بِأَيْدٍ وَإِنَّا لَمُوسِعُونَ
Malay
Dan langit itu Kami dirikan dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan yang
kukuh rapi). Dan sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan yang luas tidak
terhingga.
|
Ayah 51:48 الأية
وَالْأَرْضَ فَرَشْنَاهَا فَنِعْمَ الْمَاهِدُونَ
Malay
Dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah
sebaik-baik yang menghamparkannya.
|
Ayah 51:49 الأية
وَمِن كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
Malay
Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kami dan mengingati
(kekuasaan kami dan mentauhidkan Kami).
|
Ayah 51:50 الأية
فَفِرُّوا إِلَى اللَّهِ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Malay
(Katakanlah wahai Muhammad kepada mereka): "Maka segeralah kamu kembali kepada
Allah (dengan bertaubat dan taat), sesungguhnya aku diutuskan Allah kepada kamu,
sebagai pemberi amaran yang nyata.
|
Ayah 51:51 الأية
وَلَا تَجْعَلُوا مَعَ اللَّهِ إِلَٰهًا آخَرَ ۖ إِنِّي لَكُم مِّنْهُ نَذِيرٌ
مُّبِينٌ
Malay
"Dan janganlah kamu adakan tuhan yang lain bersama Allah (dalam kepercayaan
kamu), sesungguhnya aku diutus oleh Allah kepada kamu sebagai pemberi amaran
yang nyata".
|
Ayah 51:52 الأية
كَذَٰلِكَ مَا أَتَى الَّذِينَ مِن قَبْلِهِم مِّن رَّسُولٍ إِلَّا قَالُوا سَاحِرٌ
أَوْ مَجْنُونٌ
Malay
Demikianlah (keadaan tiap-tiap kaum terhadap Rasulnya samalah seperti keadaan
kaummu wahai Muhammad) - tidak ada seorang Rasul pun yang datang kepada
kaum-kaum yang terdahulu dari mereka, melainkan ada yang berkata: "Dia adalah
seorang ahli sihir, atau seorang gila".
|
Ayah 51:53 الأية
أَتَوَاصَوْا بِهِ ۚ بَلْ هُمْ قَوْمٌ طَاغُونَ
Malay
Adakah mereka semua telah berpesan-pesan (dan mencapai kata sepakat) untuk
melemparkan tuduhan itu ? (Sudah tentu mereka tidak dapat berbuat demikian),
bahkan mereka semuanya adalah kaum yang melampaui batas (dalam keingkarannya).
|
Ayah 51:54 الأية
فَتَوَلَّ عَنْهُمْ فَمَا أَنتَ بِمَلُومٍ
Malay
Oleh itu, berpalinglah (wahai Muhammad) daripada mereka (yang menentangmu itu
dan janganlah dihiraukan), kerana engkau tidak akan disalahkan (setelah engkau
memberi amaran kepada mereka).
|
Ayah 51:55 الأية
وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنفَعُ الْمُؤْمِنِينَ
Malay
Dan tetap tekunlah engkau memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu
mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.
|
Ayah 51:56 الأية
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Malay
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu.
|
Ayah 51:57 الأية
مَا أُرِيدُ مِنْهُم مِّن رِّزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَن يُطْعِمُونِ
Malay
Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka, dan Aku
tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepadaKu.
|
Ayah 51:58 الأية
إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ
Malay
Sesungguhnya Allah Dia lah sahaja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian
makhlukNya, dan Dia lah sahaja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga,
lagi Yang Maha Kuat Kukuh kekuasaanNya.
|
Ayah 51:59 الأية
فَإِنَّ لِلَّذِينَ ظَلَمُوا ذَنُوبًا مِّثْلَ ذَنُوبِ أَصْحَابِهِمْ فَلَا
يَسْتَعْجِلُونِ
Malay
(Setelah ternyata hakikat yang demikian), maka sesungguhnya bagi orang-orang
yang zalim (yang menentang ajaran Nabi Muhammad) itu ada bahagiannya (dari azab
seksa) seperti bahagian rakan-rakan mereka (kaum kafir yang telah lalu). Oleh
itu, janganlah mereka meminta kepadaKu menyegerakan kedatangannya.
|
Ayah 51:60 الأية
فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ كَفَرُوا مِن يَوْمِهِمُ الَّذِي يُوعَدُونَ
Malay
Maka kecelakaan dan kebinasaanlah bagi orang-orang yang kafir pada hari yang
telah dijanjikan kepada mereka.
|
©
EsinIslam.Com Designed & produced by The Awqaf London. Please pray for us
|